Romantis Selepas Kahwin Kekuatan 'Mencari Cinta'

Diterbitkan: Khamis, 2 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

FILEM: Mencari Cinta

ARAHAN: Shirin Khuzaimi

PELAKON: Nora Danish, Rusdi Ramli dan Riezman Khuzaimi

GENRE: Romantik

DURASI: 1 jam 30 minit

PENERBIT: Armnett Sdn Bhd dan Red Movies Sdn Bhd

TAYANGAN: 25 April 2013

SEBELUM tayangan filem Mencari Cinta, pelbagai kritikan yang diterima gara-gara babak 'ranjang' di atas katil oleh dua peneraju utamanya, Nora Danish dan Rusdi Ramli dalam klip 'trailer'.

Sehinggakan Rusdi tidak hadir ke tayangan perdana filem itu, kononnya risau dan tidak mahu berdepan dengan soalan-soalan yang boleh menghangatkan lagi isu tersebut.

Bagaimanapun, selepas seminggu tayangan filem itu, tidak ada pula yang kecoh mengatakan perihal babak yang dikatakan tidak senonoh itu.

Ini kerana apa yang dikontroversikan sebelum ini tidaklah seperti yang digambarkan dalam Mencari Cinta.

Filem ini mengisahkan Myra, anak Tan Sri Johan yang sepatutnya berkahwin dengan Malik, lelaki pilihannya, telah ditinggalkan kerana mempunyai wanita pilihan lain.

Memandangkan kesemua persiapan perkahwinan sudah pun siap, Johan dan isterinya Puan Sri Mahani enggan menanggung malu dan membuat keputusan untuk mengahwinkan anaknya itu dengan lelaki di kampung mereka, Razlan Ariffin.

Kebetulan pula, Razlan ketika itu baru sahaja putus tunang dengan Mila, lantas menerima keputusan Johan untuk berkahwin dengan Myra.

Menariknya tentang Mencari Cinta, gambaran ikatan cinta selepas berkahwin jarang sekali diterapkan dalam sesebuah filem, namun garapan daripada pengarah Shirin Khuzaimi, menyuntik elemen cinta dan romantis dalam perhubungan suami-isteri.

Yang penting sekali, filem ini tiada unsur-unsur lucah sekalipun seperti yang diperkatakan. Babak di atas katil yang ditonjolkan hanya menunjukkan jalinan mesra pasangan suami isteri yang tidak berlebih-lebihan.

Ia merupakan sebuah naskhah filem romantis yang menarik ditonton sebenarnya. Cuma terdapat beberapa babak pada pandangan saya, tidak perlu dipaparkan.

Terutamanya watak Mila yang tiba-tiba muncul dalam satu babak yang mahu kembali semula kepada Razlan. Dan ia dilihat klise dengan drama atau filem romantis yang sedia ada.

Adegan Razlan menyelamatkan Myra daripada kebakaran di bangsal ladang dan pada masa sama sempat berhenti bertentangan mata antara satu sama lain di saat-saat genting itu pula dirasakan sedikit tidak logik, seperti filem-filem Bollywood jadinya.

Plot cerita yang dipaparkan menarik dan ada juga beberapa babak yang boleh dijangka, namun ia tidak merosakkan jalan cerita secara keseluruhannya.

Gandingan Nora dan Rusdi juga dilihat serasi, lebih-lebih lagi pada lakonan yang membabitkan mainan emosi terbitnya rasa cinta seorang gadis bandar yang pada awalnya tidak senang dengan suaminya yang berstatuskan lelaki kampung.

Wajah manja yang dipaparkan Nora serta lakonan Rusdi yang memainkan watak lelaki lurus turut mengundang tawa penonton.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan