Garapan Berbeza Dalam Awan Dania The Movie

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

FILEM: Awan Dania The Movie

ARAHAN: Rashid Sibir

LAKONAN: Scha Al Yahya, Elly Mazlein, Rusdi Ramli, Dee (Jangan Ketawa).

GENRE: Komedi

DURASI: 90 Minit

PENERBIT: Tayangan Unggul

TAYANGAN: 14 Mac 2013

JIKA disebut tentang Awan Dania pasti akan mengingatkan kita kepada watak Dania lakonan Scha Al Yahya yang cukup menarik perhatian penonton dengan aksi kelam kabut dan melucukan.

Tidak terhenti setakat tiga musim, pihak penerbit telah membawa siri popular itu ke layar perak dengan memaparkan sisi lain watak Dania kepada penonton yang pasti akan membuatkan penonton geli hati.

Pengarahnya, Rashid Sibir mengambil langkah bijak apabila tidak mengulang jalan cerita drama besirinya ke dalam filem bagi menyuntik pembaharuan kepada filem itu.

Malah satu-satunya watak Dania adalah satu-satunya peranan yang dikekalkan dengan memperkenalkan beberapa muka baru seperti Elly Mazlein, Rusdi Ramli dan Dee (Jangan Ketawa).

Bagaimanapun Rashid masih mengekalkan tema dan konsep asal dan karektor Dania yang dikenali sebagai seorang pramugari yang 'gila-gila', kelam kabut dan lucu.

Menerusi versi filemnya, penonton dihidangkan dengan sisi lain Dania iaitu tentang kisah percintaannya dan kehidupan diluar tugasnya sebagai pramugari.

Walaupun mungkin akan ada pengikut setia drama bersiri itu akan mempersoalkan versi filemnya, namun Rashid telah berjaya menampilkan jalan cerita yang ringkas tetapi menarik dan mampu membuatkan penonton tertarik untuk mengetahui kesudahannya.

Awan Dania The Movie mengisahkan mengenai mengisahkan tentang Dania dan Tania (Elly Mazlien) yang mempunyai hubungan rapat namun disebabkan sikap cemburu terhadap seorang lelaki bernama Remy (Rusdi Ramli) telah merenggangkan hubungan mereka.

Dania yang menyukai Remy mula melakukan pelbagai perkara untuk menyingkirkan Tania yang rapat dengan lelaki itu sehingga berlaku pelbagai peristiwa lucu di antara mereka.

Dalam pada itu, lakonan Elly menerusi peranan Tania cukup membanggakan dan berjaya menzahirkan watak perempuan gedik dan bermuka-muka dengan begitu cemerlang.

Tidak ketinggalan Scha yang mampu mengekalkan momentumnya daripada versi asal dengan beberapa penambahbaikkan kepada wataknya itu yang memberikan kelainan.

Secara keseluruhannya, filem Awan Dania The Movie cukup menghiburkan dan penonton perlu bersedia dengan perubahan watak Dania yang telah tersemat di kotak fikiran sebelum melangkah ke panggung.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan