'Lagenda Budak Setan 2' Sebuah Karya Lemah

Diterbitkan: Jumaat, 7 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Farid Kamil (kiri) kembali menggalas watak Kashah dan Maya Karin tampil sebagai Katerina dalam Lagenda Budak Setan 2: Katerina.
Farid Kamil (kiri) kembali menggalas watak Kashah dan Maya Karin tampil sebagai Katerina dalam Lagenda Budak Setan 2: Katerina.

FILEM: Lagenda Budak Setan 2: Katerina

ARAHAN: Sharad Sharan

LAKONAN: Farid Kamil, Maya Karin, Bront Palarae, Lisa Surihani, Sheila Mambo

GENRE: Drama, romantik

DURASI: 1 jam 52 minit

EDARAN: Golden Screen Cinemas

TAYANGAN: Bermula 29 November 2012

FILEM Lagenda Budak Setan 2: Katerina merupakan contoh terbaik bagaimana penghasilan skrip dan naratif yang lemah mampu melumpuhkan keseluruhan filem.

Tidak dinafikan keberkesanan lakonan para pendukung utama iaitu Maya Karin sebagai Katerina, Farid Kamil (Kashah) dan Bront Palarae (Hisham) tetapi apa ertinya jika usaha itu tidak diimbangi penceritaan yang baik.

Dalam mendefinisikan LBS2, tentu sahaja kita tidak boleh lari daripada membandingkan filem ini dengan novel asal nukilan novelis terkenal Ahadiat Akashah itu.

Malah, adaptasi bahagian kedua ini dilihat lebih rapi dan dekat dengan novel asal.

Pendekatan itu wajar dipuji tetapi kesannya momentum filem ini dirasakan sangat hambar dan perlahan.

Lebih memburukkan penilaian, konflik-konflik yang diselitkan sebagai sub-teks LBS2 juga dilihat kurang meyakinkan.

Konflik-konflik itu mungkin disulam dengan efektif dalam novel tetapi sayangnya ia kurang menjadi apabila diterjemahkan menerusi visual.

Akibatnya, segelintir penonton tidak boleh lari daripada dibelenggu kebosanan pada hampir keseluruhan filem.

Keserasian Maya dan Farid menyemai cinta sebagai pasangan kekasih masih dirasakan dalam kehambaran cerita itu cuma karakter remaja yang cuba mereka terjemahkan itu tidak sampai.

Apa yang dapat dilihat adalah sepasang kekasih yang matang dalam melayari kehidupan yang penuh berliku.

Sementara, kemunculan si antagonis Hisham (Bront Palarae) yang mendambakan cinta Katerina pula tidak menimbulkan kebencian secara maksimum.

Memadai jika aksi Bront itu dinilai sebagai lakonan yang baik untuk filem ini tetapi ia bukan penampilan terbaik aktor berkarisma itu.

LBS2 bukanlah karya terbaik dalam siri ini tetapi ia wajib ditonton peminat novel dan filem tersebut bagi melengkapi kembara perjalanan hidup Kashah.

Bagaimanapun dalam kehambaran filem kedua ini, lagu tema berjudul Sejati nyanyian Ning Baizura begitu membuai suasana.

Filem arahan Sharad Sharan ini memaparkan sekuel kepada bahagian pertama LBS selepas enam bulan kematian isteri Kashah (Farid Kamil) iaitu Ayu (Lisa Surihani).

Kashah yang masih bermurung dan membesarkan anak mereka, Athirah sendirian terus diuji dengan kehadiran semula Katerina (Maya Karin).

Katerina juga semakin pulih untuk berdepan semula dengan Kashah. Kekerapan mereka keluar mula membibitkan rasa cinta.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan