‘Zaiton Ceritaku’: Cerita Jelas, Kerja Kurang Kemas

Diterbitkan: Isnin, 15 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

FILEM: Zaiton Ceritaku

ARAHAN: Esma Daniel

LAKONAN: Nadia Aqilah, Sahronizam Noor, Karl Shafek, Riezman Khuzaimi, Arash Mohamad, Wan Maimunah, Norlia Ghani

GENRE: Drama, biografi

DURASI: 1 jam 27 minit

EDARAN: Alternate Pictures

TAYANGAN: Bermula 1 November 2012

ADAKALANYA norma dan budaya yang memagari perkongsian sesuatu fakta itu akan menjadi perosak kepada sesebuah penceritaan yang wajar dipersembahkan secara telus.

Itu hakikat ditanggung menerusi filem biografi berjudul Zaiton Ceritaku yang terpaksa dipaparkan dalam keterbatasan tersebut.

Atas nama kepekaan untuk menghormati sensitiviti dan menjaga aib sejarah hidup Zaiton, pembikinan filem yang diarahkan Esma Daniel ini harus berkompromi dengan aspek berkenaan dalam berkongsi penceritaan sebenar kepada khalayak.

Kesannya, apa yang dipaparkan dalam naskhah itu menjadi sebuah naratif yang kurang rasa, jiwa dan impak.

Sebagai penonton Timur yang sedia maklum dan peka mengenai perkara-perkara sensitif itu, kita faham dan terima baik usaha terbaik yang cuba dizahirkan produksi terbabit dalam kekangan tersebut.

Namun, alangkah baiknya jika filem itu dapat meneroka jauh ke dalam lipatan sejarah Zaiton berbanding sebuah naratif yang hanya berlegar di permukaan semata-mata.

Andai risiko itu mampu dilaksanakan dengan cermat dan kemas, tentu Zaiton Ceritaku meruntun jiwa tiap mata yang menonton.

Bagaimanapun, kekangan yang memagari itu tidak merencatkan himpunan idea dan kreativiti pembikinnya.

Malah, segala fakta khususnya yang menyentuh isu keluarga dan aib bintang besar itu ditonjolkan menerusi alternatif lain yang lebih halus pada visualnya.

Mungkin, rasanya kurang sampai tetapi setidak-tidaknya dapat juga kisah penyanyi lagu Menaruh Harapan itu dikongsi bersama.

Olahan ceritanya baik dan mesej yang cuba diterapkan juga jelas tetapi kerjanya tidak kemas.

Transisi babak ke babak yang kurang menarik, dialog yang tidak “solid” serta naratif yang hambar pada kebanyakan masa menampakkan lompang besar pada filem ini.

Mujurlah, lakonan para pelakon khususnya bintang utama Nadia Aqilah tidak mengecewakan.

Menggalas peranan seorang legenda apatah lagi yang masih bernyawa bukanlah tugas enteng.

Perbandingan yang mengasak tiap gerak geri dan lontaran kata-kata Nadia pasti memberikan tekanan buat aktres muda itu.

Dalam kekangan dan kesederhanaan yang dipaparkan itu, sekurang-kurangnya Nadia mampu berdiri dengan kukuh di tengah pentas sebagai Zaiton Sameon.

Cuma, Zaiton yang dipaparkan dalam filem ini tidak segah dan ‘besar’ Zaiton yang sebenar.

Mungkin aspek teknikal atau busana mahupun solekan menjadi puncanya tetapi jelmaan Zaiton dalam filem ini agak mengecewakan.

Lebih menghampakan, penelitian yang gagal diberikan kepada set latar dan peralatan dalam kebanyakan babak menjadikan filem ini kurang kemas.

Apa pun pujian harus diberikan kerana usaha dan matlamat penghasilan filem ini.

Setidak-tidaknya, ada juga pihak yang sudi untuk mengeluarkan modal bagi menerbitkan sebuah filem biografi legenda seni tanah air seperti Zaiton Sameon.

Ringkasnya, Zaiton Ceritaku berkisar mengenai liku-liku kehidupan dilalui penyanyi itu selepas dia ditimpa kemalangan ngeri yang meragut nyawa anak tunggalnya Azirwan Abu Bakar pada 21 Februari 1990.

Ia memaparkan pahit getir kehidupannya yang berdepan trauma akibat kemalangan itu sehingga banyak pihak menganggapnya tidak siuman.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan