‘Bait’ Himpunan Pelakon & Skrip Lemah

Diterbitkan: Isnin, 24 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

FILEM: Bait

ARAHAN: Kimble Rendall

LAKONAN: Julian McMahon, Xavier Samuel, Sharni Vinson, Phoebe Tonkin dan Adrian Pang

GENRE: Ngeri, aksi

DURASI: 1 jam 35 minit

EDARAN: RAM Entertainment

TAYANGAN: Bermula 20 September 2012

ELEMENs malapetaka yang dikenali Tsunami, jerung menyerang pasar raya, himpunan pelakon gred C yang terperangkap dan kesan khas yang bermutu rendah adalah ‘umpan’ yang sangat ‘menyedihkan’ dalam filem terbaru Bait.

Baca sahaja unsur-unsur yang dinyatakan itu, jelas sekali elemen berkenaan kedengaran lucu dan slapstik!

Dan benar seperti yang dijangkakan, filem bajet rendah yang dihasilkan dengan harapan ia mampu menjelmakan semula impak Jaws pada era 70-an itu hanyalah angan kosong.

Umpama jauh panggang dari api, fakat itu yang boleh dirangkumkan jika Bait mahu dibandingkan dengan Jaws arahan pengarah prolifik Steven Spielberg.

‘Kesengsaraan’ ketika menonton Bait sudah mula dirasakan seawal 10 minit pertama lagi, tatkala perjalanan cerita masih mencari-cari rentaknya.

Seawal itu juga, kerapuhan skrip dan idea yang dibentangkan itu mula menjelmakan pada visual yang teruk daripada satu babak kepada satu babak yang lain.

Plot dan skrip filem ini yang berkisar mengenai susulan peristiwa selepas Queensland, Australia dihempas Tsunami gagal mengundang simpati tetapi mencuit hati.

Ini kerana ekoran malapetaka itu, sekumpulan individu yang terperangkap dalam sebuah pasar raya kini berdepan risiko yang mengancam nyawa mereka apabila diserang jerung yang dibawa arus.

Malang sekali, suasana cemas, tegang dan debaran yang cuba dijelmakan akibat ancaman itu tidak meyakinkan, sebaliknya mendatangkan kelucuan.

Tempo dan momentum filem yang perlahan dek lompang pada skrip Russell Mulcahy dan John Kim ini adalah cela terbesar yang membinasakan Bait secara total.

Apabila sesebuah skrip dan dialog yang lemah diadun dengan gaya lakonan bertaraf C, maka tidak silap kalau filem ini dilabelkan sebagai satu ‘malapetaka’ seperti tema yang diketengahkannya.

Mujur juga dalam kerapuhan itu, ada juga humor dan jenaka dangkal yang mengisi ruang masa seiring kehambaran ceritanya.

Cukup-cukuplah kita disogokkan dengan dengan lambakan filem baik luar mahu pun dalam negara yang memualkan.

Bait, hanyalah ‘umpan murah’ yang gagal meraih tempat di hati mahu pun ingatan.

Secara ringkas, filem ini berkisar mengenai sekumpulan pelanggan sebuah pasar raya yang terselamat dan terperangkap selepas tragedi serangan Tsunami.

Dalam usaha untuk menyelamatkan diri, mereka diancam pula serangan beberapa ekor jerung termasuk jerung bersaiz 12 inci yang dibawa arus ke dalam pasar raya tersebut akibat kejadian itu.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan