Eksperimen Syafiq Yusof Menjadi Dalam 'SAM'

Diterbitkan: Khamis, 23 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sam lakonan Shaheizy Sam adalah seorang lelaki sakit jiwa.
Sam lakonan Shaheizy Sam adalah seorang lelaki sakit jiwa.

FILEM: SAM (Saya Amat Mencintaimu)

ARAHAN: Syafiq Yusof

LAKONAN: Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Syamsul Yusof, Azad Jazmin, Neelofa

GENRE: Romantik, suspens, ngeri

DURASI: 1 jam 35 minit

EDARAN: Skop Production

TAYANGAN: Bermula 19 Ogos 2012

SUKAR untuk saya sangkal keberkesanan filem berjudul SAM atau Saya Amat Mencintaimu ini.

Walaupun ia sentuhan orang baru dalam dunia pengarahan filem cereka iaitu Syafiq Yusof, waris bongsu pengarah dan produser prolifik Datuk Yusof Haslam ini memperlihatkan potensi besar untuk menuruti jejak langkah keluarganya.

Penelitian kerja Syafiq di kerusi pengarah layak dipuji. Bukan atas kapasiti kosong tetapi perincian yang dititipkannya pada hampir setiap babak SAM tampak meyakinkan.

Bermain dalam lingkungan genre romantik, suspens dan ngeri, tiga elemen ini bercampur dengan baik dan seimbang.

Ada naik turun rasa dan debaran, ada laju dan perlahan momentumnya, SAM menimbulkan keresahan, teka-teki dan hiburan kepada penonton dengan berkesan.

SAM yang mempertaruhkan hero-heroin Shaheizy Sam sebagai Sam, Lisa Surihani (Lisa) berputar atas layar secara tersusun dan menarik.

Tidak banyak pula yang boleh diperkatakan mengenai lakonan bintang-bintang filem ini kecuali persembahan Shaheizy Sam.

Pesona Shaheizy Sam menterjemahkan watak lelaki sakit jiwa bernama Sam memang meyakinkan. Keperitan dan konflik dalaman Sam yang bercampur baur antara sejarah hitam dan kehidupan kini disempurnakan dengan baik.

Manakala aksi pelakon-pelakon lain termasuk Lisa Surihani (Lisa), Syamsul Yusof (Jefri), Azad Jazmin (Haikal) dan Neelofa (Zura) adalah pada tahap sederhana.

Untuk tiket filem Melayu, plot dan debaran yang disuntik itu boleh dianggap memberangsangkan.

Cuma, sayangnya lebih banyak teka-teki dan suspens cuba disogokkan, makin banyak pula pembayang mengenai misteri dan tanda tanya filem ini terungkap.

Ia sekaligus menimbulkan anti-klimaks di pertengahan cerita dan meralatkan saya secara peribadi.

Pun begitu, saya percaya ia tetap menimbulkan kekeliruan dan tanda tanya kepada penonton untuk terus berteka-teki seiring perjalanan SAM.

Mungkin, saya kurang puas dengan teka-teki plotnya yang mudah diduga itu tetapi seperkara yang mengagumkan adalah aspek teknikal dalam filem ini.

Pemilihan syot dan kerja sinematografinya memang memukau sehinggakan pada kebanyakan babak, saya seolah menonton filem psiko dari Hollywood.

Debaran dan ketakutan itu serba menjadi dan menimbulkan ketegangan dan perasaan cemas pada babak-babak aksi dan pertarungan.

Ternyata, eksperimen Syafiq pada sudut teknikal lain seperti muzik latar, audio, pencahayaan, set latar, perwarnaan filem dan suntingan memberikan nilai ekstra kepada SAM.

Maka, benarlah cakap-cakap segelintir warga industri hiburan yang terlebih dahulu menonton SAM, filem ini memang baik dan istimewa.

Ringkasnya, SAM mengisahkan mengenai Sam lakonan Shaheizy Sam yang bekerja di sebuah syarikat percetakan dan begitu mencintai rakan sekerjanya, Lisa (Lisa Surihani).

Dalam masa yang sama, Lisa sering diganggu Haikal (Azad Jazmin) sehingga menimbulkan konflik pergaduhan antara Sam dan Haikal.

Namun begitu, pekerja baru di situ Jefri (Syamsul Yusof) turut menaruh hati pada Lisa yang merupakan bekas kekasih lamanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan