Michelle Yeoh Nadi ‘The Lady’

Diterbitkan: Khamis, 10 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Michelle Yeoh menggalas watak tokoh politik Burma, Aung San Suu Kyi dengan berkesan dalam The Lady.
Datuk Michelle Yeoh menggalas watak tokoh politik Burma, Aung San Suu Kyi dengan berkesan dalam The Lady.

FILEM: The Lady

ARAHAN: Luc Besson

LAKONAN: Michelle Yeoh, David Thewlis, Jonathan Woodhouse dan Jonathan Ragget

GENRE: Biografi, drama

DURASI: 2 jam 12 minit

EDARAN: GSC Movies

TAYANGAN: Bermula 3 Mei 2012

FILEM The Lady adalah naskhah seni yang begitu indah pada mata saya.

Ia bukan sekadar suara perjuangan mental dan fizikal dalam mencari erti kebebasan, malah filem arahan pengarah Perancis, Luc Besson ini meraikan nilai sebuah kasih sayang dalam keperitan sebuah pengorbanan.

Begitu tinggi dan santunnya kiasan yang dipaparkan, semurni hati dan ketulusan jiwa pejuang demokrasi ulung Burma (kini dikenali Myanmar) iaitu Aung San Suu Kyi, filem ini berputar di layar pada standard yang tersendiri.

Sebagai pengarah, kerja Besson memang kemas dan teliti. Kekangan yang dihadapi produksi ini untuk menjalankan penggambaran di lokasi sebenar kejadian sehingga memaksa mereka merakamkan filem ini di Thailand umpamanya diterjemahkan dengan baik dan berkesan di layar.

Bagi saya, panorama dan warna sebenar bumi dapat dipaparkan dengan baik dan realistik, menjadikan suasana dan ‘roh’ bumi Burma itu dapat dirasakan secara mendalam.

Jika ada yang berasa ralat kerana tidak banyak aspek politik dan perjuangan yang diketengahkan, anda tidak patut mempunyai perasaan itu kerana tema filem ini sendiri mengangkat aspek kasih sayang dan cinta.

Untuk unsur itu, saya boleh anggap The Lady sudah melakukannya dengan cemerlang.

Meskipun tempo penceritaan mengalir dengan perlahan, kebosanan gagal bertandang kerana kita asyik dibuai paparan pada babak-babaknya.

Datuk Michelle Yeoh yang menggalas watak Suu Kyi bukan sahaja pilihan tepat kerana persamaan ciri-ciri fizikal, malah apa yang lebih mengagumkan adalah komitmen dan kredibiliti aktres dari Ipoh, Perak ini menzahirkan tokoh itu dengan berkesan.

Secara peribadi, Yeoh cekap dalam memperagakan hampir setiap perincian yang dimiliki Suu Kyi.

Tidak hanya cara bertutur dan gestur tubuh, malah dominasi Yeoh ke atas Suu Kyi bagaikan satu biasan atau cerminan pejuang itu.

Hampir sempurna penghayatan watak daripada Yeoh dan ia diperkukuhkan dengan penonjolan watak suaminya Dr Aris lakonan aktor British, David Thewlis.

Gandingan dua bintang ini ternyata meyakinkan, seakan kita menonton rakaman dokumentari sebenar Suu Kyi dan suami di layar perak.

Pun begitu, saya kurang berkenan dengan pembinaan sebahagian daripada skripnya yang boleh disifatkan longgar dan bermutu rendah.

Walaupun secara kolektif, beberapa ungkapan dialog dalam filem ini berjaya menyentuh emosi dan berbekas di hati, kecelaan yang ketara pada beberapa babak khususnya yang melibatkan perbualan dua anaknya yang mungkin bertujuan untuk menimbulkan suasana santai, sebaliknya merengsakan dan gagal mencuit hati.

The Lady yang diinspirasikan daripada kisah pejuang demokrasi di Burma iaitu Aung San Suu Kyi lakonan Michelle Yeoh memfokuskan kepada aspek cinta dan kasih sayang antara tokoh itu dengan suami Michael Aris (David Thewlis) dan dua anak lelaki mereka Alexander (Jonathan Woodhouse) and Kim (Jonathan Ragget).

Suu Kyi sanggup menempuhi pelbagai dugaan antaranya perpisahan dengan keluarga, ancaman sistem pemerintahan tentera dan dikenakan tahanan dalam rumah demi memperjuangkan kebebasan demokrasi di negaranya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan