'Berani Punya Budak', Komedi Generasi Baru

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

FILEM: Berani Punya Budak

ARAHAN: Afdlin Shauki

LAKONAN: Awie, Afdlin Shauki, Johan Raja Lawak, Nabil Raja Lawak, Riezman Khuzaimie, Adlin Aman Ramlie dan Mike B

GENRE: Aksi Komedi

DURASI: 1 jam 30 minit

TERBITAN: Vision Works (M) Sdn Bhd

TAYANGAN: Bermula 26 April 2012

SATU nafas baru buat para penggemar filem tempatan, Berani Punya Budak (BPB), arahan Afdlin Shauki menunjukkan sisi berbeza dengan filem aksi komedi yang biasa kita tonton.

Filem yang dihasilkan pada tiga tahun lalu ini sebenarnya untuk pasaran di Thailand menggunakan judul Brave, dan ia lebih ke arah filem aksi sahaja.

Namun, ia diolah semula kepada konsep alih bahasa menggunakan dialog komedi seperti yang sering ditonton pada laman Youtube.

Ternyata Afdlin begitu peka dengan trend semasa bagi memikat para penonton khususnya remaja yang sememangnya meminati konsep alih bahasa tersebut.

Mengisahkan tentang seorang lelaki dari Malaysia bernama Shuhami Abdullah atau Tong (Afdlin Shauki) dan adik iparnya Pairote (Mike B), berasal dari Thailand, mereka telah ditahan Interpol sejurus sahaja tiba di Malaysia.

Mereka disoal siasat kerana disyaki ada kaitan dengan sekumpulan gangster di Thailand. Dan kedua-dua mereka menceritakan kejadian yang berlaku di negara itu sehingga terjebak dengan kumpulan gangster itu.

Maka, eksperimen Afdlin dalam filem ini bermula apabila dikatakan hampir 90 peratus dialognya dialih bahasa menggunakan suara pengarah itu bagi menunjukkan dia bercerita tentang kejadian yang berlaku kepada dua polis interpol (lakonan Adlin Aman Ramli dan Johan [Raja Lawak]) tersebut.

Walaupun penonton akan merasa sedikit terganggu dengan jalan cerita visualnya dengan dialog yang tidak berkait, namun ia tetap mengundang tawa daripada penonton kerana dialog lucu yang digunakan itu.

Dialog yang diperkatakan seolah-olah menggambarkan apa yang terbayang di minda Tong ketika menceritakan tragedi buruk yang terjadi padanya dan Pairote.

Buat penonton yang mungkin akan keliru dengan filem ini, anda perlu tolak ketepi nilai logiknya kerana konsep BPB sememangnya dihasilkan begitu, mengarut.

Daripada sudut visualnya pula, gerak aksi yang ditonjolkan realistik disamping memiliki Mike B yang begitu tangkas dalam seni mempertahankan diri dalam BPB, filem ini dilihat kemas tanpa cacat cela, seakan-akan menyaksikan filem aksi Ong Bak (yang juga dilakonkan Mike B) versi moden.

Bagaimanapun, ada juga babak komedinya agak keterlaluan, sebagai contoh, suara iklan penaja syarikat permaidani pada beberapa babak membuatkan mood penonton sedikit bosan kerana kekerapan suara iklan itu muncul.

Pada pendapat saya, filem ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu sama ada penonton akan terhibur dengan dialog merapu yang lucu atau plot cerita visualnya yang menunjukkan kisah yang lebih serius.

Filem ini juga menjanjikan satu kelainan komedi maksima yang semestinya akan memuaskan hati penonton.

Bagaimanapun, teringin juga untuk mengetahui cerita asal BPB (jika bukan mengikut konsep alih suara) yang juga mungkin akan menghiburkan dengan gaya aksi pelakon-pelakonnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan