‘My Way’ Angkat Erti Persahabatan Dalam Keperitan

Diterbitkan: Isnin, 23 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jang Dong-gun sebagai Kim Joon-sik dalam My Way.
Jang Dong-gun sebagai Kim Joon-sik dalam My Way.

FILEM: My Way

ARAHAN: Kang Je-gyu

LAKONAN: Jang Dong-gun, Joe Odagiri, Fan Bingbing

GENRE: Drama, peperangan

DURASI: 2 jam 23 minit

EDARAN: Alternate Pictures Sdn Bhd

TAYANGAN: Bermula 19 April 2012

BUKAN mudah menggalas status sebagai filem termahal iaitu kos penerbitan sebanyak RM75 bilion (KKS28 bilion) dalam sejarah perfileman Korea.

Fakta itu mungkin gah pada imej filem My Way namun ia bukan jaminan hasilnya akan sehebat kos tersebut.

Tidak saya nafikan, bagi sebuah filem yang berlatarkan peperangan dan ketenteraan, karya terbaru pengarah Kang Je-gyu ini cukup membanggakan. Apatah lagi ia dihasilkan oleh pembikin Asia sendiri.

Namun begitu, jangkaan saya terhadap filem ini agak meleset selepas menontonnya. Bukan soal tidak bermutu tetapi kerana ia kurang memikat.

Apabila menyentuh mengenai filem berskala besar yang bertemakan peperangan, epik dan kesan khas, tentu saja harapan saya terhadap naskhah ini setinggi gunung.

Plot persahabatan, kesetiaan dan semangat juang dipaparkan dengan seimbang tetapi entah mengapa setiap sub-cerita itu dirasakan kurang menyerap sepenuhnya.

Saya memang berkenan dengan naratif filem ini, cara ia disampaikan dan bagaimana babak demi babak itu bergerak begitu meyakinkan.

Namun, ia sedikit terencat kerana pada kebanyakan waktu, perjalanan filem ini perlahan dan membosankan.

Malah, saya juga agak terganggu dengan unsur-unsur ganas yang diselitkan, terutamanya ketika babak-babak peperangan dan pergaduhan.

Saya faham elemen itu perlu bagi membangkitkan lagi unsur dramatik dan realistik dalam filem ini tetapi apabila terlalu banyak darah, sepak terajang dan letupan dipaparkan ia kurang menyenangkan juga.

Gandingan bintang Korea, Jang Dong-gun (sebagai Kim Joon-sik) bersama aktor kacak Jepun Joe Odagiri (Tatsuo Hasegawa) cukup ideal dan sama menyerlah.

Keserasian mereka di depan layar berkesan dan mampu menyentuh emosi terutama pada babak-babak yang meraikan erti dan nilai sebuah persahabatan.

Filem ini adalah sebuah filem persahabatan dan hubungan kasih sayang yang kaya dengan pelbagai nilai positif dan pengajaran.

Sekadar melampirkan tema peperangan bagi menyuntik lebih tekanan dan dramatik, filem ini sebenarnya sebuah karya bermutu meskipun ia mungkin tidak sehebat filem arahan Kang Je-gyu sebelum ini iaitu Taegukgi (2004).

Berlatarkan era penjajahan di Seoul, Korea Selatan pada 1938, My Waymemaparkan cerita dua lelaki yang saling bersaing sejak zaman kanak-kanak.

Si pemuda Korea bernama Kim Joon-sik lakonan Jang Dong-gun mempunyai impian untuk meraih pingat emas dalam acara maraton sukan Olimpik seperti idolanya, Sohn Kee-chung.

Tatsuo Hasegawa (Joe Odagiri) pula adalah pelari maraton Jepun dan tinggal bersama kerana keluarga Joon-sik bekerja sebagai pembantu rumah Tatsuo.

Pada satu hari, Joon-sik berdepan dengan masalah dan diserapkan sebagai askar kerahan Jepun.

Setahun berlalu, Joon-sik bersemuka semula dengan Tatsuo yang kini mengetuai Tentera Maharaja Jepun.

Mereka sama-sama terlibat dalam Perang Dunia Kedua dan menempuhi siri peperangan bermula dengan Nomonhan, China, Soviet Union hingga ke Jerman.

Namun, mereka saling memberikan perangsang kepada satu sama lain untuk terus bertahan dalam tekanan peperangan itu.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan