'The Vow' Tonjol Ketulusan Cinta Si Suami

Diterbitkan: Isnin, 26 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rachel McAdams (sebagai Paige) dan Channing Tatum (Leo) serasi sebagai pasangan suami isteri dalam The Vow.
Rachel McAdams (sebagai Paige) dan Channing Tatum (Leo) serasi sebagai pasangan suami isteri dalam The Vow.

FILEM: The Vow

ARAHAN: Michael Sucsy

LAKONAN: Rachel McAdams, Channing Tatum, Sam Neill, Jessica Lange dan Scott Speedman

GENRE: Romantik, drama

DURASI: 1 jam 45 minit

EDARAN: Sony Pictures Releasing International

TAYANGAN: Bermula 22 Mac 2012

MEMANG tidak saya nafikan, idea dan konsep filem seperti The Vow ini bukan sesuatu yang segar.

Sebuah kisah yang berlegar dalam lingkungan usaha seorang suami untuk menawan kembali cinta isterinya yang hilang ingatan akibat kemalangan, barangkali sudah acap kali kita saksikan dalam filem-filem cinta lain sebelum ini.

Apabila menyentuh mengenai filem seumpama ini, filem komedi romantik lakonan Drew Barrymore dan Adam Sandler, 50 First Dates (2004), melintas ingatan saya dengan serta-merta.

Penceritaan kedua-dua filem ini berlainan tetapi konsepnya tidak jauh berbeza.

Sebagaimana saya terhibur dan terusik dengan 50 First Dates, pengalaman yang sama turut saya kecapi dalam filem kedua arahan Michael Sucsy ini.

Menerusi The Vow, tarikan utamanya terletak pada keindahan dialog dan aspek lakon layar yang kuat.

Sepanjang filem berputar di layar, saya akui momentumnya tidak sekonsisten mana tetapi entah mengapa lakonan dua bintang utama iaitu Rachel McAdams (Red Eye) dan Channing Tatum (G.I. Joe: The Rise of Cobra) ini bagai mengikat tumpuan.

Keserasian si hero dan heroin yang bermain pada lapisan emosi suka dan duka tampak realistik dan meyakinkan.

Walaupun secara peribadinya saya kurang gemar dengan usaha-usaha dan reaksi Leo lakonan Channing Tatum untuk memulihkan semula ingatan isterinya, Paige (Rachel McAdams), filem ini masih boleh dianggap sebagai berkesan dan menyentuh.

Tiada isu atau tentangan dengan usaha-usaha Leo itu, cuma mungkin perwatakan Leo yang kurang mencuba dan mudah berputus asa itu merengsakan saya pada tahap tertentu dalam filem ini.

Ada beberapa babak yang menjelaskan pandangan saya ini terutamanya ketika Leo seakan menekan emosi Paige untuk kembali mengukir karya seninya di dalam bengkel sehingga mencetuskan konflik kepada mereka.

Namun, saya tertarik dengan perjalanan filem ini yang memberikan keseimbangan pada setiap sub-teks yang menyokong cerita utamanya. Di sini, setiap sub-plot berpeluang untuk bercerita kepada penonton.

Kisah kecurangan bapa Paige, Bill (Sam Neill) yang mengakibatkan jurang dalam keluarga mereka, kemaafan daripada ibu Paige, Rita (Jessica Lange) terhadap ayahnya demi kelangsungan keluarga mereka, kemunculan semula bekas tunang Paige, Jeremy (Scott Speedman) dan bisnes studio muzik Leo yang kian merudum menguatkan lagi setiap sebab yang berlaku dalam filem ini.

Tambah menarik apabila The Vow dihiasi panorama dan lokasi yang cantik dan bersesuaian, skor muzik dan pilihan muzik latar yang menghidupkan lagi filem ini secara keseluruhannya.

Justeru, sekalipun filem ini tidak bergerak atas sebuah konsep yang unik tetapi pengolahan dan naratifnya berkesan dan memikat.

Banyak babak dan dialog mampu menyentuh hati dan membuatkan kita berfikir sejenak, sekaligus menjadikan ia sebuah kisah cinta yang meyakinkan.

Sekadar memetik dialog keramat yang dituturkan beberapa kali oleh Leo yang berbunyi, “Kehidupan ini penuh dengan impak yang mampu mengubah kita selamanya. Tetapi, bagaimana jika pada satu hari kita tidak lagi dapat mengingati kesemua itu?”

Dan bait-bait kata itulah yang menjadi tunjang filem ini dari awal hingga ke titik akhir secara efektif.

The Vow diinspirasikan daripada sebuah kisah benar lelaki bernama Kim Carpenter dari New Mexico, Amerika Syarikat menerusi sebuah buku juga dengan judul yang sama.

Konflik filem ini bermula apabila Paige dan Leo terlibat dalam sebuah kemalangan sehingga menyebabkan Paige hilang ingatan.

Bermula detik itu, Leo tidak putus-putus melakukan pelbagai usaha untuk menawan semula hati Paige dan cuba memulihkan ingatannya.

Dalam usaha itu, Leo bukan sahaja perlu bertahan dengan perangai Paige, tetapi turut berdepan tekanan daripada keluarga mertuanya, bisnes studio muzik yang merudum dan ancaman daripada bekas tunang Paige iaitu Jeremy.

Berjaya atau tidak Leo menawan kembali hati Paige dan memperoleh peluang kedua itu, persoalan tersebut bakal terungkai dalam filem ini.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan