'Bujang Telajak BelumTerlanjur' Menjadi Kerana Pelakon

Diterbitkan: Jumaat, 20 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tiga pelawak popular (dari kiri) Saiful Apek, Johan dan Nabil bergandingan sebagai tiga sahabat yang terdesak mencari isteri sehingga sanggup berpura-pura menjadi orang kurang upaya.
Tiga pelawak popular (dari kiri) Saiful Apek, Johan dan Nabil bergandingan sebagai tiga sahabat yang terdesak mencari isteri sehingga sanggup berpura-pura menjadi orang kurang upaya.

FILEM: Bujang Telajak Belum Terlanjur

ARAHAN: Prof Madya A Razak Mohaideen

GENRE: Komedi

DURASI: 1 jam 30 minit

EDARAN: Grand Brilliance

TAYANGAN: Bermula 19 Januari 2012

LAKONAN: Saiful Apek, Nabil Raja Lawak, Johan Raja Lawak, Nur Fazura, Mustapha Kamal, Susan Menon, Shaheed Salim, Ebby Yus

ADA dua kemungkinan filem terbaru arahan Prof Madya A Razak Mohaideen iaitu Bujang Telajak Belum Terlanjur ini dilihat sebagai sebuah karya yang lebih berkualiti daripada 32 naskhah sentuhannya sebelum ini.

Pertama, mungkin kerana faktor penelitian yang ditumpukan oleh pengarah ini sekali gus membuahkan visual yang meyakinkan di atas layar.

Atau mungkin mutu lakonan memberangsangkan barisan pelakonnya iaitu Saiful Apek, Johan dan Nabil serta si jelita Nur Fazura yang mengukuhkan penyampaian karakter dan plot filem komedi ini?

Dalam kes ini, secara peribadinya saya melihat Bujang Telajak itu ‘menjadi’ kerana disokong oleh lakonan yang memuaskan daripada para pelakon.

Bukan ingin menidakkan mutu skrip tulisan Shaheed Salim ini tetapi secara jujurnya saya melihat jika filem ini hanya bergantung harap pada skrip itu, mungkin hasil Bujang Telajak tidak sebaik mana.

Ini kerana, skrip filem yang berkisar tentang usaha tiga lelaki bujang yang terdesak untuk mencari calon isteri kerana usia semakin lanjut itu bukan idea yang bombastik atau luar biasa.

Maka, tidak salah rasanya apabila kekuatan empat teraju utama itu disifatkan sebagai penyelamat kepada kesederhanaan plot Bujang Telajak.

Kreativiti empat pelakon itu yang diiringi gestur tubuh dan lontaran dialog komedi yang terkawal sebenarnya telah melonjakkan kualiti jalan ceritanya yang sederhana.

Bagi yang menggemari komedi Melayu, garapan A Razak dalam menjelmakan sebuah olahan cerita yang ringan pada kali ini layak dipuji.

Biarpun konsep komedi slapstik itu dirasakan memalit erat dalam penceritaan filem ini, kebanyakannya masih boleh diterima dan mengundang gelak tawa.

Lelaki pekak

Malah, aksi Nabil (Raja Lawak) sebagai Nabil yang memilih untuk berpura-pura sebagai lelaki pekak demi memikat Puteri (Nur Fazura) adalah yang paling menarik.

Fazura juga bijak menghidupkan watak wanita yang baik dan mengutamakan keluarganya. Istimewanya, paduan karakter kalut dan ayu yang dipersembahkan aktres ini mampu mengukir senyuman di bibir penonton, setidak-tidaknya. Walaupun filem ini ada cela dan kekurangan di sini sana, ia tidak terlalu jelas atau rapuh seperti filem-filem komedinya terdahulu.

Kreativiti A Razak yang memaparkan dua pilihan untuk penamat jalan cerita filem ini pada babak terakhir juga segar dan menarik. Di sini, pembaharuan yang dipertaruhkan itu layak dihargai.

Bujang Telajak mengisahkan mengenai tiga rakan karib iaitu Saiful, Nabil dan Johan yang jatuh cinta dan bersaing di antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis bernama Puteri.

Mereka bertiga adalah ahli silap mata profesional. Ketika membuat rakaman penggambaran sebuah iklan, mereka tertarik dengan Puteri yang menjadi model untuk iklan tersebut.

Tiga sekawan ini mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui bahawa wanita itu adalah seorang guru tadika dan model sambilan.

Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta iaitu Haji Hashim (Mustapha Kamal).

Menerusi perbualan mereka, Haji Hashim sempat memberitahu Puteri ingin berkahwin dengan lelaki kurang upaya kerana Puteri percaya bahawa dia akan mendapat cinta sejati seperti yang dinikmati oleh ibunya (Susan Menon).

Maka bermulalah penyamaran ketiga-tiga mereka sebagai si buta (Saiful Apek), pekak (Nabil) dan bisu (Johan) untuk memikat Puteri. Pelbagai helah digunakan untuk meraih kasih Puteri termasuk menggagalkan rancangan mereka di antara satu sama lain.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan