Suatu Malam Kubur Berasap: Debaran luar biasa

Diterbitkan: Isnin, 26 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

FILEM: Suatu Malam Kubur Berasap

ARAHAN: Ernie Chen

LAKONAN: Angah Raja Lawak, Along Raja Lawak, Zach Diamond, Azrul Raja Lawak, Ain Nordin

GENRE: Seram, komedi

DURASI: 1 jam 30 minit

EDARAN: OutLOUD Studios Sdn Bhd

FILEM Suatu Malam Kubur Berasap yang ditayangkan di pawagam tempatan mulai 22 Disember lalu mampu mencuit hati penonton dan dalam masa yang sama memberikan debaran luar biasa.

Plot ceritanya sederhana dan kadangkala beberapa adegan seolah-olah sama dengan beberapa filem komedi seram sebelum ini.

Namun, para pelakon seperti Angah (Raja Lawak), Along (Raja Lawak), Zach Diamond, Azrul (Raja Lawak) sebenarnya menjadikan penyampaian ceritanya lebih menarik dengan lawak bersahaja mereka.

Selain itu, pelakon baru Ain Nordin juga berjaya menampilkan sisi seram dan misteri dengan gaya tersendiri sebagai roh wanita yang telah meninggal dunia akibat dirogol.

Bukan itu sahaja, watak Ruminah Sidek sebagai nenek Atan (Angah Raja Lawak) dan Allahyarham Zami Ismail sebagai pemilik warung yang beberapa kali muncul dalam filem ini juga memberi kesan kepada penonton dengan nasihat dan pengajaran.

Bermula daripada awal cerita sehingga ke pertengahan, penonton tidak kering gusi disajikan dengan adegan yang melucukan apabila melihat gaya Atan yang lurus bendul dan seakan-akan budak lembam fikiran.

Lakonan Along yang seringkali menyebut huruf “Alif Ba Ta” apabila lari daripada diusik hantu juga mencuit hati penonton. Begitu juga babak Zach Diamond yang tiba-tiba menyanyikan lagu Sepohon Kayu bagi meredakan perasaan takutnya setelah bertembung dengan hantu.

Kemunculan dua watak nakal lakonan dua lagi alumni Raja Lawak, Wira dan Faiz turut menyerlah dengan aksi komedi yang kadangkala menjadi dan kadangkala membosankan.

Bagi penonton yang mahu melihat Angah mengunyah cacing, filem ini akan menunjukkan bagaimana dia datang ke rumah Siti (Ain Nordin) untuk satu majlis kenduri telah dijamu dengan sepinggan cacing yang disangkanya mi goreng.

Babak kemuncak filem ini menjadi kurang menarik apabila ditambah dengan sekumpulan pengkaji paranormal yang ingin mencari hantu di kampung itu.

Biarpun percubaan itu boleh menjadi bahan humor sinis kepada pengkaji paranormal yang pernah ditonjolkan di kaca televisyen sebelum ini tetapi pengarahnya, Ernie Chen mengaku tiada niat menyindir pengkaji aktiviti berkenaan.

Walaupun persembahan filem ini sederhana dan penuh bersahaja, filem ini telah mencecah kutipan RM500 ribu pada hari pertama tayangan.

Ini menunjukkan filem komedi seram masih diterima penonton filem tempatan biarpun demam filem Ombak Rindu masih melanda pawagam.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan