'Tower Heist' Bukan Kisah Rompakan Lapuk

Diterbitkan: Ahad, 6 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Para pelakon Tower Heist (dari kiri) Ben Stiller, Eddie Murphy, Matthew Broderick dan Gabourey Sidibe.
Para pelakon Tower Heist (dari kiri) Ben Stiller, Eddie Murphy, Matthew Broderick dan Gabourey Sidibe.

PENDAM dulu persepsi liar anda yang sewenang-wenangnya mengklasifikasikan filem terbaru, Tower Heist (TH) ini sebagai sebuah cerita rompakan yang klise dengan pendekatan dan jenaka lapuk.

Ini kerana, sentuhan pengarah Brett Ratner ini ternyata berbeza daripada kebanyakan filem komedi yang lain.

Di sebalik penceritaan dan plot ringkas dan kelihatan biasa itu, sebenarnya ada beberapa poin yang cukup menarik tentang filem ini.

Kombinasi pelakon yang membarisi watak-watak utama filem ini termasuk Ben Stiller, Casey Affleck, Michael Peña, Gabourey Sidibe, Eddie Murphy dan Tea Leoni dilihat berkesan dalam menghidupkan elemen komedi, suspens dan aksi.

Mungkin kita tidak boleh lari daripada tanggapan bahawa TH seakan komedi klise tetapi elemen itulah sebenarnya kekuatan dan nadi filem ini yang diolah dan dipersembahkan dengan menarik.

Dalam adunan plot rompakan dan komedi itu, Brett Ratner cekap menghasilkan visual yang lancar, lucu dan mengikat tumpuan seawal babak permulaan lagi.

Bagi sebuah hiburan ringan sebegini, TH dilihat menepati kriteria dan sasaran itu.

Ia berjaya menghiburkan sambil membawa perjalanan cerita dalam suasana yang santai, pantas dan mengasyikkan.

Seperkara lagi yang harus dipuji tentang TH adalah lakon layar oleh Ted Griffin dan Jeff Nathanson yang bijak dengan adunan jenaka-jenaka yang ringkas dan kena pada babak-babak tertentu.

Maka, tidak hairanlah apabila hampir setiap babak dalam filem ini menarik perhatian penonton untuk terus bertumpu pada layar sehingga ke penghujungnya.

TH memaparkan kisah sekumpulan pekerja sebuah apartment mewah iaitu Josh (Ben Stiller), Charlie (Casey Affleck), Dev’reaux (Michael Peña) dan Odessa (Gabourey Sidibe) yang kehilangan wang persaraan mereka selepas terpedaya dengan skim Ponzi yang diperkenalkan oleh hartawan Wall Street, Arthur Shaw (Alan Alda).

Bagi menebus kerugian itu, empat sahabat ini telah mengupah seorang penjenayah bernama Slide (Eddie Murphy) dan ahli perniagaan yang muflis Mr. Fitzhugh (Matthew Broderick) untuk memecah masuk rumah Shaw dan mencuri semula wang yang mereka laburkan dalam skim berkenaan.

Namun, berjayakah misi mereka ini dan dapatkah mereka mengelak daripada dihidu oleh ejen khas Claire Denham (Téa Leoni)? Jawapannya akan terungkai dalam filem ini.

FILEM: Tower Heist

ARAHAN: Brett Ratner

LAKONAN: Ben Stiller, Eddie Murphy, Matthew Broderick, Tea Leoni, Gabourey Sidibe, Casey Affleck

GENRE: Aksi, komedi

DURASI: 1 Jam 53 minit

EDARAN: United International Pictures

TAYANGAN: Bermula 3 November 2011

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan