Al-Hijab Gagal Diolah Dengan Sempurna

Diterbitkan: Rabu, 19 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Al-Hijab.
Al-Hijab.

Filem: Al-Hijab Pengarah: Pierre Andre Pelakon: Pierre Andre, Nur Fathia, Maimun Mutalib Genre: Seram Durasi: 90 minit Tarikh Tayangan: 6 Oktober 2011

SEJUJURNYA syarikat produksi Empat Semudra Sdn Bhd mengambil langkah berani menerbitkan filem Al-Hijab dan melabelkan ia sebagai sebuah filem seram terhebat bagi tahun 2011 ketika karya genre berkenaan mendapat kritikan banyak pihak.

Digalas oleh pengarah muda, Pierre Andre,26, dia memang dikenali kerana minatnya menghasilkan karya filem seram seperti Jangan Pandang Belakang, Jangan Tegur dan Seru sebelum ini.

Sempat menonton pra-tonton filem berkenaan bulan lalu, Pierre yang bertindak sebagai pengarah dan penulis Al-Hijab dilihat gagal mengolah dan menghasilkan sebuah karya agung seperti dimahukan.

Mula menulis cerita berkenaan sejak berusia 18 tahun, mood seram dibina menerusi penggunaan teknik kamera handheld seperti dalam filem Blair Witch Project dan Paranormal Activity.

Secara dasarnya daripada segi pemilihan tema, Pierre berjaya menghasilkan sesuatu yang berbeza daripada karya biasa seperti kisah-kisah berkaitan saka ataupun ilmu hitam dengan mengangkat hijab iaitu keupayaan pandangan mata manusia melihat perkara ghaib.

Malang sekali, masih terdapat beberapa kelemahan jelas pada filem ini daripada segi olahan jalan ceritanya yang mengecewakan dan adakala tidak logik pada penonton.

Walaupun Pierre lantang memberitahu ia adalah sebuah karya original dan cuba bermain dengan emosi penonton melalui skrip dan jalan ceritanya, Al-Hijab lebih tertumpu kepada elemen seram dan bukan kepada aspek lain filem itu.

Gerun dan suram

Garapan cerita ini juga sudah boleh di agak oleh penonton menjadikan ia kelihatan suram.

Menyentuh aspek kemunculan hantu dalam naskhah ini, efek yang ditampilkan Pierre agak realisitik mungkin kerana pengalamannya terlibat dalam beberapa filem seram sebelum ini.

Pierre juga bijak memanipulasi ketenangan penonton apabila sering membuat kejutan pada adegan-adegan ringan seperti watak Nur Fathia yang kadang kala menjadi begitu misteri.

Tidak ketinggalan adegan lembaga hitam merenung Rafael di sebalik pintu mampu memberikan rasa gerun kepada penonton.

Pemilihan lokasi penggambaran seperti di dalam hutan dan lebuh raya berjaya mewujudkan elemen suspens kepada filem yang menelan belanja hampir RM2 juta ini.

Bagaimanapun, Pierre juga terlepas pandang pada banyak aspek terutamanya kesinambungan antara babak yang kelihatan cacat terutamanya ketika babak selepas watak Rafael membuka hijab.

Transisi daripada satu babak ke babak lain menimbulkan tanda tanya kepada penonton kerana ia kelihatan serabut dan tidak kemas.

Proses memasukkan suara juga dipandang ringan apabila suara dengan pergerakan mulut tidak selari menyebabkan rasa terganggu ketika menonton filem ini.

Permulaan Al-Hijab mengisahkan mengenai Rafael (Piere) yang mendapat tawaran untuk menjadi pelakon utama sebuah filem seram.

Tidak mempercayai kewujudan makhluk ghaib, Rafael mengambil keputusan untuk membuat kajian terhadap wataknya bagi merasai kehadiran hantu di sekelilingnya.

Ketika membuat kajian di perpustakaan, Rafael terbaca mengenai hijab iaitu sesuatu yang melindungi penglihatan mata kasar manusia daripada melihat makhluk halus.

Demi menjayakan peranannya dalam filem tersebut, dia ingin membuka hijab matanya bagi membolehkan dia melihat kewujudan hantu sehinggalah pada suatu malam dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada nombor tidak dikenali menyuruhnya pergi ke rumah Mak Itam lakonan Maimun Mutalib.

Mak Itam telah membantu membuka hijab mata Rafael dan daripada situ pelbagai peristiwa seram berlaku kepada pemuda ini.

Walaupun ketika berlakon filem berkenaan Nur Fathia masih baru menapak sebagai pelakon, nyata lakonan pelakon muda itu menjadi tetapi cuma kelihatan tidak begitu serasi dengan Pierre.

Begitu juga dengan Pierre, walaupun ini bukan filem seram pertama lakonannya, kemunculan dia sedikit kekok berbanding aksinya dalam filem terdahulu seperti Jangan Pandang Belakang dan Jangan Tegur.

Menyelitkan elemen komedi dalam Al-Hijab, penampilan istimewa Ngasrizal Ngasri dan Munir (Phynne Ballerz) dalam satu adegan ketika Rafael menumpang lori milik mereka berjaya meredakan ketegangan penonton.

Sayangnya Pierre gagal menjadikan Al-Hijab sebagai karya terhebat tahun ini walaupun mendukung tema segar berbanding filem lain.

Barangkali daripada sudut kehidupan dan realiti, filem Al-Hijab hanya sebagai pelengkap dalam menambah jumlah bilangan filem yang ada di Malaysia.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan