Monte Carlo bukan karya klise

Diterbitkan: Ahad, 3 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tiga bintang utama Monte Carlo (dari kiri) Leighton Meester, Selena Gomez dan Katie Cassidy.
Tiga bintang utama Monte Carlo (dari kiri) Leighton Meester, Selena Gomez dan Katie Cassidy.

FILEM: Monte Carlo

ARAHAN: Thomas Bezucha

LAKONAN: Selena Gomez, Leighton Meester, Katie Cassidy

GENRE: Komedi, romantik, pengembaraan

DURASI: 1 jam 48 minit

EDARAN: 20th Century Fox

TAYANGAN: Bermula 30 Jun 2011

BAGI yang mudah menjatuhkan hukum dan beranggapan bahawa filem berjudul Monte Carlo (MC) adalah sebuah lagi filem gadis remaja yang klise dan hambar, mungkin anda patut menarik semula persepsi tersebut.

Mungkin dengan hanya melihat kepada poster filemnya yang ‘menjual’ tiga bintang remaja iaitu Selena Gomez, Katie Cassidy dan Leighton Meester itu semata-mata, mudah bagi penonton membina tanggapan sedemikian.

Hakikatnya, MC tidak seburuk atau seklise yang disangkakan. Memang benar filem ini mengangkat kisah tiga gadis dalam percutian mereka tetapi jalinan plot dan lakonan yang meyakinkan itu sebenarnya menyuntik satu nilai hiburan komersial yang baik.

Kalau dinilai pada kisahnya iaitu tentang percutian tiga gadis ke Paris yang terjebak dengan insiden pertukaran identiti sehingga menikmati sebuah percutian mewah, ia kedengaran klise.

Namun, tidak rugi jika kita menerima filem ini seadanya. Kita sedia maklum bahawa filem sebegini tuntutannya adalah rendah dan sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga.

Ia hanyalah sebuah hiburan ringan jadi tidak perlulah kita hendak merunsingkan fikiran untuk mempersoalkan keutuhan plotnya pula.

Apa yang lebih penting, plot dan naratifnya ringkas, bersifat keremajaan dan menghiburkan.

Lebih manis lagi, perjalanan MC juga turut disokong oleh persembahan lakonan yang rata-ratanya memuaskan.

Bintang utamanya Selena Gomez (Horton Hears A Who!) sememangnya seorang anak seni yang berpotensi dan menarik perhatian.

Menggalas watak seorang pelayan restoran bernama Grace Bennett, buah hati kepada penyanyi Justin Bieber ini punya tarikan tersendiri di layar lebar.

Bukanlah Gomez mempamerkan sebuah lakonan bertaraf anugerah Oscar pun, cuma untuk filem sebegini pelakon yang sinonim dengan siri televisyen Disney Wizards of Waverly Place ini dilihat cukup serasi dengan watak itu.

Malah, lagak dan aksinya ketika bertutur dalam loghat Inggeris British selepas bertukar identiti dengan puteri diraja Cordelia Winthrop Scott itu juga mencuit hati.

Sementara kehadiran Katie Cassidy (Taken, Click) dan Leighton Meester (The Roommate) dilihat melengkapi warna-warni perjalanan karakter dan plot filem ini.

Maka, sekalung pujian sewajarnya dilayangkan kepada pengarah Thomas Bezucha yang turut bertindak mengemudi aspek lakon layar filem ini.

Bagi sebuah filem yang ringan, MC berjaya menawarkan pakej cerita, lakonan dan pemandangan dua kota besar Paris dan Monte Carlo yang cukup mengasyikkan di depan layar.

MC berkisar pada kisah percutian berbajet rendah yang dilalui oleh tiga gadis lepasan sekolah iaitu Grace (Selena Gomez), kakak tirinya Meg (Leighton Meester) dan rakan karibnya Emma (Katie Cassidy) di kota Paris, Perancis yang kemudiannya bertukar menjadi percutian mewah di kota Monte Carlo.

Segalanya berpunca daripada satu insiden apabila Grace telah disalah anggap sebagai puteri raja British iaitu Cordelia Winthrop Scott ekoran persamaan pada wajah dan identiti mereka.

Bermula dari situ, percutian hambar tiga gadis ini terus diwarnai pelbagai insiden dan gelagat yang penuh pengembaraan dan cerita.

Di pawagam bermula 7 Julai 2011

Filem: Tolong! Awek Aku Pontianak (Melayu)

Pelakon: Zahiril Adzim, Sazzy Falak, Liyana Jasmay

Pengarah: James Lee

Genre: Komedi, romantik

Filem: Mr. Popper’s Penguins (Inggeris)

Pelakon: Jim Carrey, Carla Gugino, Ophelia Lovibond, Madeline Carroll

Pengarah: Mark Waters

Genre: Komedi

Filem: Bbuddah - Hoga Terra Baap (Hindi)

Pelakon: Amitabh Bachchan, Prakash Raj, Raveena Tandon, Hema Malini

Pengarah: Puri Jagannadh

Genre: Komedi, romantik

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan