X-Men: First Class kehebatan tersendiri

Diterbitkan: Ahad, 12 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Erik Lehnsherr dan Professor Xavier mengepalai kumpulan manusia mutan untuk menghalang rancangan jahat Sebastian Shaw.
Erik Lehnsherr dan Professor Xavier mengepalai kumpulan manusia mutan untuk menghalang rancangan jahat Sebastian Shaw.

FILEM: X-Men: First Class

ARAHAN: Matthew Vaughn

LAKONAN: James McAvoy, Michael Fassbender, Rose Byrne, January Jones, Oliver Platt, Kevin Bacon

GENRE: Aksi, pengembaraan, drama, fiksyen sains

DURASI: 2 jam 13 minit

EDARAN: 20th Century Fox

TAYANGAN: Bermula 2 Jun 2011

TIDAK salah untuk mengatakan bahawa filem X-Men: First Class (XMFC) ternyata bukan sembarangan francais.

Ketepikan soal keaslian karakter dan watak filem ini yang rancak didebatkan di kalangan pengikut komik tersebut, hakikatnya filem arahan Matthew Vaughn ini berada pada kelasnya tersendiri.

Masakan tidak, berdasarkan sudut aksi dan naratif yang dipaparkan sepanjang 2 jam 13 minit, XMFC boleh dikategorikan sebagai siri terbaik daripada keseluruhan francaisnya iaitu X-Men (2000), X2 (2003), X-Men: The Last Stand (2006) dan X-Men Origins: Wolverine (2009).

Keterujaan filem ini menerusi babak-babak cemas dan aksinya diimbangi dengan baik oleh plot dan garapan intensif daripada Matthew Vaughn.

Secara dasarnya, pendekatan yang digunakan oleh pengarah itu menyampaikan sebuah filem dengan gaya ringkas adalah kekuatan filem ini.

Meskipun, perjalanan XMFC diolah dalam corak tidak selari (non-linear), ia tidak kompleks dan rumit hingga mengelirukan.

Bahkan, bagi yang tidak pernah mengikuti francais X-Men pun mudah memahami cerita ini dan pasti terhibur dengan visualnya.

Untuk sebuah filem yang ditunjangi plot dan naratif yang rapi, pujian harus diberikan kepada gandingan Matthew Vaughn dan penulis skrip, Bryan Singer dan Sheldon Turner.

Persembahan lakonan yang baik daripada bintang-bintang utama filem ini lebih mengukuhkan XMFC.

Paling memikat, pastinya aksi Kevin Bacon yang menggalas watak antagonis Sebastian Shaw. Riak wajahnya yang tersirat kekejaman dan agenda jahat dirasakan begitu berkesan.

Gandingan dua watak baik iaitu Charles Xavier/Professor X (lakonan James McAvoy) dan Erik Lehnsherr/Magneto (Michael Fassbender) yang menentang misi hitam Shaw melengkapkan lagi keutuhan filem ini.

Kemampuan James McAvoy menterjemahkan watak Profesor X pada zaman mudanya sebelum berkerusi roda adalah meyakinkan.

Kebijaksanaannya bermain ekspresi ketika membaca minda orang lain cukup memikat.

Begitu juga, lakonan Michael Fassbender sebagai Erik Lehnsherr yang penuh dendam dan trauma mengenai kisah lampaunya dengan Sebastian Shaw.

Sehinggakan keteguhan aksi tiga bintang ini berjaya mengaburi kawujudan watak-watak lain, khasnya sekumpulan watak mutan remaja yang kurang menyerlah.

Bagaimanapun, kehadiran watak-watak mutan remaja yang naif, riang dan aktif ini seperti Mystique, Banshee, Beast, Darwin dan Havok ini telah menyuntik elemen humor dan santai pada aksi naskhah ini.

Juga sesuatu yang menarik adalah kemunculan istimewa Wolverine (Hugh Jackman) dalam beberapa saat pada sebuah adegan kejar-mengejar.

Kalau menyentuh soal kesan khas yang dijana dalam XMFC, memang aspek itu tidak perlu diperdebatkan lagi.

Nikmati saja efek yang menyaluti babak-babak tegang dan pertarungan seperti ketika Sebastian Shaw dan kumpulannya menyerang kediaman mutan-mutan remaja, transformasi fizikal mutan-mutan, peperangan dan banyak lagi.

Diperkuatkan pula dengan skor muzik yang bersesuaian, maka hidangan XMFC berhak dipuji.

XMFC adalah prekuel francais filem X-Men yang menyingkap bahagian pertama atau pengenalan kepada filem yang diadaptasi daripada komik Marvel ini.

Filem ini memaparkan cerita dan dilema sekumpulan manusia mutan sebelum mereka mendedahkan identiti masing-masing ke masyarakat dunia.

Bukan saja bergantung pada aksi, XMFC turut mengangkat isu hubungan persahabatan Charles Xavier (James McAvoy) dan Erik Lensherr (Michael Fassbender) sebelum mereka menukar identiti kepada Professor X dan Magneto.

Bersama gandingan mutan-mutan baru dan muda ini, Xavier dan Lehnsherr bersatu dalam memerangi kejahatan yang dicetuskan oleh Sebastian Shaw (Kevin Bacon) di era perang dingin.

Filem ini harus ditonton bagi mereka yang meminati siri X-Men.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan