'Water For Elephants' Tonjol Kematangan Robert Pattinson

Diterbitkan: Rabu, 11 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Robert Pattinson menyerlahkan lakonan yang lebih matang sebagai Jacob Jankowski dalam Water For Elephants.
Robert Pattinson menyerlahkan lakonan yang lebih matang sebagai Jacob Jankowski dalam Water For Elephants.

KEMUNCULAN terbaru hero muda kegilaan ramai Robert Pattinson dalam filem drama Water For Elephants (WFE) pasti menarik perhatian penonton.

Idealnya, filem ini bukanlah sebuah kisah romantik remaja yang mampu memancing perhatian penonton muda.

Malah, jika golongan remaja berasa teruja untuk menonton WFE kerana ingin menyaksikan karisma Pattinson seperti dalam Twilight, maka lupakan saja jangkaan itu.

Sebagai pelakon, Pattinson semakin matang dalam lakonannya sebagai Jacob Jankowski versi muda.

Kelebihan pada ekspresi wajah dan lontaran dialog yang mendalam dan tersendiri menjanjikan potensi besar untuk aktor ini bergelar bintang hebat di masa akan datang.

Begitu juga dengan aksi Reese Witherspoon yang memainkan watak pemain ekuestrian bernama Marlena.

Pun begitu, percintaan yang terjalin di antara mereka dilihat kurang memberangsangkan dan tidak begitu menjadi.

Mungkin faktor jarak usia atau kerana kekurangan pada aspek garapan pengarahnya Francis Lawrence menjejaskan keindahan hubungan kekasih itu.

Sebagai sebuah filem, WFE adalah sebuah karya cinta dan drama matang yang dibikin dengan penuh penelitian dan kehalusan.

Justeru, tidak hairanlah jika ada yang menganggap tempo WFE agak perlahan dan membosankan.

Ini kerana, filem ini dibuat untuk kita menikmati penderitaan, kesakitan, emosi dan kasih sayang yang mendalam yang cuba diserapkan sepanjang 2 jam 3 minit filem berputar di layar.

Filem adaptasi daripada novel dengan judul yang sama oleh Sara Gruen ini, WFE menyingkap kehidupan pemuda bernama Jacob Jankowski lakonan Robert Pattinson pada era 'Great Depression' pada 1930-an.

WFE bermula dengan Jankowski yang berusia 93 tahun di rumah orang tua mengimbas semula kenangan lama ketika mengunjungi sebuah sarkas.

Dia yang berusia 23 tahun pada waktu itu telah berdepan pelbagai ujian termasuk kehilangan apa juga yang dimilikinya iaitu kematian ibu bapa dan masa depan yang tidak menentu.

Filem ini menyusuri pengalaman silamnya dengan kehidupan di dalam dunia sarkas.

Ia mengajar Jankowski erti ketabahan dan realiti sebenar kehidupan dan juga mempertemukannya dengan gadis bernama Marlena (Reese Witherspoon).

Namun, Marlena adalah isteri kepada August (Christoph Waltz), seorang pelatih haiwan yang berkarisma tetapi penuh dengan muslihat.

Di sarkas itu juga Jankowski mengenal erti kasih sayang dengan seekor gajah bernama Rosie yang begitu penting dalam pertunjukan haiwan.

Jalinan Jankowski, Marlena dan Rosie ini terbina atas dasar kasih sayang, kepercayaan dan harapan untuk meneruskan kelangsungan hidup di era kesempitan itu.

FILEM: Water For Elephants ARAHAN: Francis Lawrence LAKONAN: Robert Pattinson, Hal Holbrook, Reese Witherspoon, Christoph Waltz GENRE: Drama DURASI: 2 jam 3 minit EDARAN: 20th Century Fox TAYANGAN: Bermula 5 Mei 2011

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan