'Red Riding Hood' Gagal Tonjol Kisah Romantik

Diterbitkan: Isnin, 25 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Amanda Seyfried sebagai watak utama Valerie dilihat kurang berkesan.
Amanda Seyfried sebagai watak utama Valerie dilihat kurang berkesan.

BAGI kalangan peminat kisah dongeng kanak-kanak popular iaitu serigala dengan penutup kepala , pastinya kemunculan filem Red Riding Hood (RRH) ini cukup dinantikan.

Pun begitu, filem yang digarap dalam bentuk penceritaan dongeng moden ini tidak berhasil menjadi semenarik cerita asalnya.

Hakikatnya, banyak kepincangan yang sukar dikompromi.

Daripada soal lakonan, para pelakon sehinggalah penceritaan dan plot, RRH sebenarnya meninggalkan impak yang mengecewakan.

Menerusi filem ini juga, mungkin ramai yang dapat melihat begitu banyak filem romantik/seram kebelakangan ini berusaha untuk nampak ala-ala filem Twilight.

Dan kenyataan itu turut dikesan dalam RRH tetapi 'jauh panggang dari api'.

Penonjolan kisah romantik yang cuba diterapkan tidak sampai ke minda dan perasaan dek mutu lakonan, barisan pelakon dan skrip yang tidak keruan.

Amanda Seyfried sebagai tunjang utama RRH iaitu Valerie tidak menyerlah sebagai pelakon tetapi akan lebih diingati dengan pelbagai busana dan hud yang digayakannya.

Kehadiran dua aktor Shiloh Hernandez (kekasih Valerie iaitu Peter) dan Henry (saudagar yang diaturkan untuk mengahwini Valerie) juga tidak meyakinkan.

Lebih menyedihkan, persembahan aktor veteran Gary Oldman yang menggalas watak pemburu serigala lebih 'menakutkan' daripada serigala dalam filem ini sendiri.

Malah, perjalanan RRH yang berlangsung selama satu setengah jam ini juga dirasakan meleret dan membunuh konsentrasi tontonan.

Kecelaan itu sebenarnya bertitik-tolak daripada lakon layar, skrip dan garapan Hardwicke yang kurang berkesan.

Bagaimanapun, bukan setiap perincian RRH itu meloyakan.

Mengambil kira aspek teknikal termasuk sinematografi, set, busana dan pewarnaan filem ini yang berkualiti, maka setidak-tidaknya ada juga perkara yang boleh dipuji.

Filem yang berlatarkan sebuah perkampungan kuno di zaman pertengahan ini menyingkap cerita seorang gadis muda Valerie lakonan Amanda Seyfried yang berdepan dilema untuk memilih di antara dua lelaki.

Valerie yang menyintai kekasihnya, seorang pemotong kayu Peter (Shiloh Hernandez) bagaimanapun mendapat tentangan keluarga yang mahu menjodohkannya dengan saudagar bernama Henry (Max Irons).

Demi cinta mereka, Valerie dan Peter merancang untuk melarikan diri tetapi keracauan di kampung mereka ekoran serangan serigala telah menimbulkan masalah baru pula.

Kedatangan seorang pemburu serigala bernama Father Solomon (Gary Oldman) ke kampung itu bagaimanapun telah membongkar persoalan yang mengaitkan Valerie dengan serigala tersebut.

FILEM: Red Riding Hood ARAHAN: Catherine Hardwicke LAKONAN: Amanda Seyfried, Shiloh Fernandez, Gary Oldman, Max Irons, Virginia Madsen, Julie Christie GENRE: Ngeri, drama DURASI: 1 jam 33 minit EDARAN: Warner Bros. Pictures TAYANGAN: Bermula 21 April 2011

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan