'Dilarang Masuk' Tidak Seperti Jangkaan

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan pelakon filem Dilarang Masuk (dari kiri) Esma Daniel, Azma Aizal Yusoof, Shiqin Kamal, Isma Hanum Husein dan Muniff Isa pada malam gala filem itu di GSC Pavilion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Barisan pelakon filem Dilarang Masuk (dari kiri) Esma Daniel, Azma Aizal Yusoof, Shiqin Kamal, Isma Hanum Husein dan Muniff Isa pada malam gala filem itu di GSC Pavilion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

TIDAK ubah seperti 'indah khabar dari rupa', mungkin pepatah itu paling tepat untuk merumuskan tentang filem ngeri dan suspens, Dilarang Masuk (DM) arahan Jeffrey Chiang ini.

Secara visual, DM nampak seperti filem ngeri dan suspens ala Wrong Turn (2003) ataupun The Silence of the Lambs (1991) tetapi pengisiannya dangkal dan longgar.

Maka, tidak keterlaluan menyifatkan DM sebagai sebuah filem yang tidak seimbang.

Aspek teknikalnya memang membanggakan. Percubaan produksi Cineworks menggunakan kamera digital refleks lensa tunggal (DSLR) Canon EOS 5D Mark II untuk merakamkan filem ini ternyata menghasilkan visual yang istimewa.

Diperkuatkan pula dengan pewarnaan filem yang suram dan kelam lebih membangkitkan keghairahan dalam mengupas misteri di sebalik plotnya.

Malah, syot-syot yang baik dan suntingan filem ini berjaya menghasilkan transisi babak yang lancar dan segar.

Pun begitu, kekuatan sudut teknikal itu gagal melonjakkan DM kerana ia dicemari kecelaruan naratif dan plot yang longgar.

Bagai tiada arah, ungkapan dialog yang dilontarkan para pelakonnya gagal menaikkan momentum debaran dan suspens.

Malah, kebanyakan dialog juga dirasakan tidak bersesuaian dan bertentangan dengan babak-babak yang dipaparkan.

Contohnya, ungkapan dialog yang santai dan tidak relevan pada babak cemas atau seram, bukan saja menjengkelkan malah merencatkan tumpuan tontonan. Jika bukan kerana sokongan teknikal yang baik, nescaya DM akan binasa.

Muka-muka baru yang menjadi pertaruhan filem ini pun tidak berhasil seperti yang diharapkan.

Mungkin paling menarik perhatian adalah Azma Aizal Yusoof (sebagai Ronnie) yang bersahaja dan meyakinkan dalam memacu karakter antagonis.

Manakala tiga lagi bakat baru iaitu Shiqin Kamal (Fatia), Isma Hanum Husein (Juli) dan Muniff Isa (Bad) gagal menyerlah.

Paling mengecewakan adalah lakonan Shiqin Kamal yang kaku, hambar dan tiada jiwa. Jika diikutkan, Shiqin ternyata lebih berpengalaman menerusi filem Lagenda Budak Setan (2010) sebelum ini tetapi aksinya dalam DM masih di takuk itu juga.

Kemunculan aktor berpengalaman yang juga penerbit filem ini, Esma Daniel sebagai lelaki psiko bernama Rawis pula sekadar melengkapkan filem.

Jelas sekali, lakon layar dan garapan lemah filem ini tergalas di bahu Jeffrey Chiang yang kurang berkesan mencorakkan DM sebaik mungkin.

Kalaulah filem ini diimbangi plot, naratif dan garapan yang baik, DM sebenarnya mampu menjadi filem yang berkualiti kerana terdapat mesej dan tanggungjawab sosial yang baik di sebaliknya.

Ringkasnya, filem ini mengupas tentang aktiviti pendermaan organ secara haram yang berleluasa di serata dunia.

Misteri DM bermula apabila empat sekawan Fatia, Ronnie, Juli dan Bad yang tersesat di dalam hutan bertemu dengan sebuah banglo usang.

Memandangkan hari semakin gelap, mereka memutuskan untuk bermalam di rumah itu. Tanpa diketahui, kedatangan mereka sebenarnya telah merungkai sebuah misteri yang bakal menentukan hidup dan mati mereka.

FILEM: Dilarang Masuk ARAHAN: Jeffrey Chiang LAKONAN: Shiqin Kamal, Isma Hanum Husein, Azma Aizal Yusoof, Muniff Isa, Esma Daniel GENRE: Ngeri, suspens, misteri DURASI: 1 jam 30 minit EDARAN: Metrowealth TAYANGAN: 7 April 2011

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan