‘Just Go With It’, Komedi Cabuk Yang Meleret

Diterbitkan: Jumaat, 1 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Keserasian Jennifer Aniston (sebagai Katherine) dan Adam Sandler (Danny) cukup memikat.
Keserasian Jennifer Aniston (sebagai Katherine) dan Adam Sandler (Danny) cukup memikat.

KITA sememangnya sedia maklum pelakon komedi terkenal Adam Sandler begitu sinonim dengan hidangan komedi yang pelbagai warna.

Menerusi deretan judul filem lakonannya, ada komedi yang berkesan dan tidak kurang juga yang menjengkelkan.

Jika menerusi filem 50 First Dates (2004), aksi Sandler-Drew Barrymore berhasil menjalinkan sebuah komedi romantik yang berkesan, gandingannya bersama Jennifer Aniston dalam Just Go With It (JGWI) bagaimanapun menghampakan.

Bukan kerana dua bintang besar ini kekok berpadu tetapi pendekatan komedi JGWI yang tidak menjadi.

Adalah sesuatu yang menyedihkan apabila pengisian komedi yang bertujuan untuk mengundang hilai tawa berkesudahan menjadi sebuah filem yang longgar dan mengarut.

Filem ini juga meninggalkan satu persatu persoalan 'apa' dan 'kenapa harus begitu' ekoran kedangkalan plot yang dipertaruhkan.

Sayang sekali apabila filem yang membariskan antara nama-nama besar di Hollywood ini sekadar menjadi sebuah filem komedi romantik yang 'kosong' dan cabuk.

Ironinya, ini bukan kali pertama Dugan dan Sandler bekerjasama. Menerusi I Now Pronounce You Chuck & Larry (2007), You Don’t Mess with the Zohan (2008) dan Grown Ups (2010), gabungan mereka berjaya menghasilkan komedi yang baik.

Namun, pendekatan komedi JGWI nampak goyah. Plot dan pola penceritaannya berserabut serta jenaka tidak bertempat itu mendukacitakan. Malah, 30 minit pertama ini adalah tempoh yang cukup merimaskan.

Untunglah barisan pelakon JGWI mempamerkan aksi memikat. Keserasian Sandler (sebagai Danny) dan Aniston (Katherine) memang tidak perlu dipertikaikan.

Begitu juga dengan lakonan memberangsangkan daripada model Sports Illustrated iaitu Brooklyn Decker (Palmer), dua anak Katherine iaitu Maggie (lakonan Bailee Madison) dengan slanga Inggeris British yang melucukan dan Michael (Griffin Gluck) yang menuntut percutian ke Hawaii daripada Danny.

Diinspirasikan daripada filem Cactus Flower (1969), JGWI berkisarkan tentang seorang doktor pembedahan plastik iaitu Danny yang berkomplot dengan pembantu juga sahabat lamanya, Katherine untuk memikat gadis muda bernama Palmer.

Dalam misi itu, Katherine diminta menyamar sebagai isterinya. Berbekalkan alasan kononnya perkahwinan mereka di ambang perceraian, Danny harus melancarkan strateginya untuk menawan Palmer.

Mungkin, satu perkara terbaik tentang JGWI adalah pemilihan judulnya sangat bertepatan dengan persembahan filemnya yang meleret.

FILEM: Just Go With It ARAHAN: Dennis Dugan LAKONAN: Adam Sandler, Jennifer Aniston, Nicole Kidman, Bailee Madison, Brooklyn Decker GENRE: Komedi, romantik DURASI: 1 jam 59 minit EDARAN: Sony Pictures Releasing International TAYANGAN: 31 Mac 2011

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan