'Ratu The Movie' Biasa-Biasa Saja

Diterbitkan: Selasa, 22 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

FENOMENA program realiti yang mendapat tempat di hati masyarakat dijadikan formula oleh Wayang Studio International (WSI) dengan kerjasama Line Clear Motion Pictures bagi menerbitkan sebuah filem terbaru mereka, Ratu The Movie.

Filem yang menggabungkan sebuah program realiti dalam sebuah karya filem ini mungkin sesuatu yang baru bagi penonton, ditambah dengan pertaruhan bakat-bakat baru sebagai teraju utama filem arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen ini.

Boleh dikatakan penonton secara tidak langsung disajikan sebuah program realiti yang diberi nama ‘Pesona Ratu’ dengan penceritaan filem.

Biarpun mempunyai jalan cerita yang agak berlainan dari filem biasa, namun garapan daripada pengarah terkenal ini gagal membuat penonton teruja untuk terus menonton filem ini sehingga ke penamat.

Kemungkinan pertaruhan hanya kepada wajah-wajah pelakon cantik sudah tidak lagi relevan buat masa ini.

Apa yang penting ialah bakat dan mutu lakonan, bakat-bakat baru yang dilihat agak mentah turut menjadikan filem ini seperti sebuah lakonan semula.

Semua dialog yang dilemparkan dengan nada yang tinggi dan terjerit-jerit menjadikan 15 minit masa pertama berlalu dengan sia-sia.

Malah kehadiran pelakon-pelakon terkenal seperti Fouziah Ghous tidak langsung membantu menambah keterujaan untuk terus menonton filem ini.

Perjalanan cerita yang klise dan sudah dijangka turut menjadi nilai tolak filem ini.

Program realiti yang cuba disampaikan kadang kala tidak munasabah. OopStarz! berpendapat, filem ini sekadar sebuah filem biasa.

Persoalan turut diperkatakan apabila ketiadaan sumber makanan di dalam hutan, biawak dijadikan santapan. Walhal banyak lagi sumber makanan lain ketika itu.

Biarpun ia satu cara penulis skrip untuk menonjolkan tahap kesukaran hidup di hutan, mereka sepatutnya melakukan kajian terlebih dahulu.

Bagaimanapun, usaha mencari pelapis dan bakat baru ini seharusnya dipuji kerana filem ini telah memberi peluang dan platform kepada pelakon-pelakon baru menunjukkan kemampuan mereka.

Filem ini mengisahkan perjalanan 10 orang calon pertandingan Persona Ratu yang berebut gelaran juara.

Kesepuluh mereka dibawa ke sebuah pulau yang mana telah berlaku beberapa pelik dan aneh.

Bagaimanapun, kejadian aneh yang menimpa mereka merupakan satu rancangan yang diatur oleh pihak penganjur untuk mencari ratu cantik sejati.

Satu persatu peserta tewas dalam halangan dan ujian yang diberikan. Sehinggalah seorang peserta akhirnya berjaya dan dipilih menjadi pemenang Pesona Ratu.

Biarpun menggunakan khidmat pelakon baru, filem ini tidak lepas terpalit kontroversi skandal pelakon dan penerbit yang menjadi bualan banyak pihak.

Salah seorang pelakonnya Eina, dikatakan telah di beri surat amaran oleh penerbit kerana dikatakan menyebarkan fitnah tersebut.

Kontroversi itu dikatakan sedikit sebanyak menjadikan filem ini antara filem panas yang mungkin menarik perhatian penonton untuk ke pawagam.

FILEM: Ratu The Movie ARAHAN: Prof Madya A. Razak Mohaideen LAKONAN: Eizlan Yusof, Fouziah Ghous, Yusry Abdul Halim, Azlee Khairi, Zaibo, Aminah Rhapor GENRE: Pengembaraan, Drama, Misteri DURASI: 1 Jam 37 Minit EDARAN: Grand Brilliance Sdn Bhd TAYANGAN: 17 Mac 2011

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan