'Unknown' Tidak Segah 'Taken'

Diterbitkan: Isnin, 14 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Liam Neeson sebagai ahli biologi Dr Martin Harris yang kehilangan identitinya selepas terjaga daripada koma.
Liam Neeson sebagai ahli biologi Dr Martin Harris yang kehilangan identitinya selepas terjaga daripada koma.

HERO berkarisma Liam Neeson kembali menggegar pentas filem dengan lakonan terbarunya yang berjudul Unknown.

Masih lagi berlegar di dalam lingkungan genre ngeri dan drama seperti aksinya dalam Taken (2009), aktor berusia 58 tahun ini terus meyakinkan dengan penterjemahan berkesan dan gerak geri yang tangkas.

Selepas menyaksikan krebiliti Neeson, memang tidak diragui bahawa keputusan studio filem Warner Bros untuk menampilkan Neeson selaku nadi filem ini memang berbaloi.

Walhal, plot filem ini sendiri tidaklah sekuat mana dan sama sekali tidak sepantas Taken, biarpun perjalanan Unknown dilihat begitu mencuba untuk menghampiri filem tersebut.

Malah, plot aksi dan kepantasan serta landskap Eropah yang diketengahkan dalam filem arahan Jaume Collet-Serra ini juga tidak banyak berbeza daripada Taken.

Dek beberapa persamaan tersebut, mahu tidak mahu penonton tidak dapat menolak untuk membandingkan kedua-dua filem ini.

Pun begitu, merit Unknown tidak segah Taken. Apa yang dirumuskan, Unknown barangkali hanya satu pertiga daripada keterujaan yang kita tonton dalam Taken, dua tahun lalu.

Sekalipun Unknown tetap menghiburkan dan diwarnai aksi-aksi menarik, ia hanya mampu untuk menarik perhatian para peminat aktor itu.

Jika perbandingan hendak dilakukan, rasanya Unknown tidak mampu mengulangi kecemerlangan yang pernah Neeson peragakan dalam Taken sebelum ini.

Mujurlah produksi filem ini bijak membariskan para pelakon yang bukan sahaja punya pesona besar, malah mereka turut berjaya menonjolkan karakter masing-masing dengan meyakinkan.

Ringkasnya, Unknown berkisar kepada ahli biologi iaitu Dr. Martin Harris (Liam Neeson) yang kehilangan identiti dirinya selepas terjaga daripada koma akibat kemalangan kereta.

Konflik tercetus apabila identitinya bukan sahaja digunakan oleh individu lain, malah dia turut tidak dikenali oleh isterinya sendiri Elizabeth (January Jones).

Bagaimana Harris hendak mendapatkan kembali identiti dirinya atau apakah konspirasi di sebalik kejadian itu, jawapannya akan terungkai dalam Unknown.

FILEM: Unknown ARAHAN: Jaume Collet-Serra LAKONAN: Liam Neeson, Diane Kruger, January Jones, Aidan Quinn GENRE: Ngeri, drama, misteri DURASI: 1 jam 55 minit EDARAN: Warner Bros. Pictures TAYANGAN: 10 Mac 2011

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan