'The Rock' Lebih Perkasa Dalam 'Faster'

Diterbitkan: Isnin, 24 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Aksi
Aksi "The Rock" dalam "Faster".

JIKA dibandingkan dengan lakonannya dalam filem-filem komedi kekeluargaan seperti The Game Plan (2007) dan Tooth Fairy (2010), kemunculan semula aktor Dwayne Johnson yang lebih dikenali sebagai The Rock ini dalam filem aksi ini adalah lebih memuaskan.

Selepas menonton Faster, para penggemar bekas jaguh gusti World Wrestling Federation (WWF) ini mungkin boleh tersenyum semula kerana Johnson kembali memanfaatkan otot dan tubuh sasa yang dimilikinya pada landasan yang betul.

Mungkin menerusi dua filem komedi kekeluargaan sebelum ini, Johnson tampak janggal kerana dieksploitasi bagi mewujudkan unsur humor, namun kali ini, kembali sasa dan realistik, bersesuaian dengan kelebihan fizikalnya itu untuk sebuah naskhah aksi.

Faster bukanlah sebuah filem aksi drama yang luar biasa tetapi yang menyeronokkan tentang filem arahan George Tillman Jr. ini adalah pertembungan elemen aksi dan drama ‘meleret’ yang boleh dianggap sebagai adunan yang istimewa.

Pertaruhan filem ini yang mengetengahkan Johnson layak dipuji. Bukanlah lakonan bergred A pun, cuma penterjemahannya menggalas watak Driver memang memberangsangkan.

Tanpa banyak berdialog, tafsiran wataknya tampil ringkas dan semula jadi menerusi riak wajah dan emosi yang benar-benar membantu perjalanan filem ini. Bagaimanapun, mungkin

disebabkan oleh faktor gaya dan perwatakan Johnson itu, refleksi lakonannya dalam Walking Tall (2004) turut terimbas dalam Faster.

Kehadiran aktor versatil Billy Bob Thornton pula lebih mewarnai Faster.

Tampil sebagai watak Cop, kredibiliti Thornton tidak perlu dipersoalkan.

Kelebihan bekas suami kepada aktres Angelina Jolie ini semestinya terletak pada keutuhan lakonan yang memang tidak pernah mengecewakan.

Jika menyentuh naratif Faster, garapan filem ini berhasil menjadi naskhah aksi yang mampu membuatkan kita berasa kagum dan asyik.

Penamaan watak-watak seperti Driver, Cop dan Killer umpamanya dirasakan cukup menarik dan yang unik dalam konteks perwatakan sesebuah karya seni.

Persis babak kejar-mengejar antara kucing dan tikus, perjalanan Faster digambarkan sebegitu menjadikan ia sebuah filem aksi yang menghiburkan.

Cuma, mungkin agak mengecewakan apabila beberapa elemen drama dan emosi meleret yang terselit pada separuh masa kedua filem ini sedikit merencatkan Faster yang bermula dengan baik.

Apa pun, aksi dan debaran Faster berserta lakonan memberangsangkan barisan pelakonnya adalah tonggak kekuatan untuk menarik perhatian kaki wayang di luar sana.

Berkisar pada watak Driver (Dwayne Johnson), Faster terbina di atas plot yang ringkas dan mudah.

Ia mengisahkan tentang misi seorang bekas banduan iaitu Driver (Dwayne Johnson) yang ingin membalas dendam di atas kematian abangnya dalam satu kejadian rompakan.

Bagaimanapun, misi Driver terganggu apabila dia turut menjadi buruan seorang pegawai polis veteran, Cop (Billy Bob Thornton) dan pembunuh upahan yang ingin menghapuskan Driver iaitu Killer (Oliver Jackson-Cohen).

Faster kini ditayangkan di pawagam bermula 13 Januari lalu.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan