"Jangan Pandang Belakang Congkak 2" Sedikit Rapuh

Diterbitkan: Jumaat, 8 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan pelakon bersama pengarah Ahmad Idham (tiga dari kiri) dan penerbit David Teo (tiga dari kanan) pada majlis pratonton filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2, baru-baru ini.
Barisan pelakon bersama pengarah Ahmad Idham (tiga dari kiri) dan penerbit David Teo (tiga dari kanan) pada majlis pratonton filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2, baru-baru ini.

JUJURNYA, tidak banyak aspek yang boleh diulas mengenai filem terbaru arahan Ahmad Idham iaitu Jangan Pandang Belakang Congkak 2 (JPBC 2) ini. Sekadar bertunjangkan istilah sekuel, lantas naskhah kedua ini lahir dengan satu dogma iaitu untuk membuatkan penonton lebih terhibur kali ini.

Kenyataan yang sering diungkapkan, sekuel sesebuah filem lazimnya kurang memberangsangkan berbanding bahagian pertama seakan menjadi satu 'sumpahan' pula bagi kebanyakan filem, secara sedar atau tidak.

Begitu juga yang berlaku dalam JPBC 2. Dalam konteks hiburan, pengisian filem ini dilihat lebih dangkal tetapi komedi yang dipasakkan mungkin membuatkan penonton ketawa berdekah.

JPBC 2 mampu mengikat penonton tetapi jika mencari sesuatu yang lebih segar, elemen itu tidak muncul dalam produk kali ini. Justeru, visi Idham untuk menghasilkan JPBC 2 sebagai sebuah filem ringan dan tidak membebankan benak penonton memang menjadi.

Menyentuh aspek lakonan, tidak banyak yang perlu diulas kerana kesemua barisan pelakon filem ini hanya mempersembahkan lakonan pada skala sederhana. Cuma, mungkin satu kesimpulan yang boleh dibuat iaitu mereka terlalu mencuba untuk mengundang tawa tetapi usaha itu diragui.

Mazlan Ahmad atau Lan Pet Pet yang menggalas watak Punai masih selesa untuk berteriak berbanding berlakon sepanjang durasi JPBC 2. Watak Asmat yang dilakonkan oleh Cat Farish pula mudah dilupakan tetapi lebih terkawal daripada lakonan Mazlan.

Lisa Surihani yang kembali sebagai Mustika masih kaku dan kurang emosi. Mujurlah, kejelitaan Lisa menjadi galang gantinya. Penterjemahan Azlee Jaafar selaku Pak Mor pula lebih baik dan berkesan kali ini, walaupun ada ketikanya Azlee tidak dapat lari daripada dengan mimik muka signaturnya yang boleh buat kita meradang.

Kehadiran Bob Kuman (Wak Ketari) dan Nora Danish (Seha) pula sebagai pelengkap filem ini. Lakonan Bob sebagai bomoh besar dengan busana yang pelik agak melucukan juga pada kebanyakan waktu.

Begitu juga Nora sebagai anak dara Wak Ketari yang menjadi bahan eksploitasi Idham untuk menjual filem ini. Namun, kewujudan Nora pasti lebih diingati menerusi imej berkemban dan pakaian yang dikenakan pada tubuh mulusnya itu berbanding lakonannya.

Menariknya tentang JPBC 2 adalah lokasi yang melatari filem ini. Sawah padi yang menguning, ombak dan pantai yang mendamaikan serta panorama indah adalah pilihan bijak Idham bagi 'meregangkan' kecelaruan JPBC 2.

Sekurang-kurangnya buat anda yang pening dan rimas dengan pendekatan komedi yang tampak beria-ia itu sedikit tenang apabila menonton pemandangan yang dipaparkan.

Buat anda yang hanya ke pawagam untuk bergelak ketawa tanpa banyak soal tentang kualiti atau relevannya sesebuah filem itu, maka JPBC 2 adalah material yang mampu memenuhi keperluan itu.

Jangan persoalkan logiknya naskhah ini kerana JPBC 2 dibikin untuk memenuhi selera majoriti penonton Melayu, bak kata pengarahnya sendiri. Mampukah JPBC 2 mengulangi kejayaan pecah panggung bahagian pertamanya? Respons anda yang bakal menentukan timbul tenggelamnya filem sekuel ini kelak.

Dalam filem kali ini, perjalanan JPBC 2 memaparkan kisah Punai dan Asmat yang berguru dengan Wak Ketari demi untuk melindungi diri daripada kuasa ilmu hitam Mustika dan Pak Mor.

Maka, berlakulah pelbagai kejadian lucu dan aneh sepanjang proses Punai dan Asmat menuntut ilmu dengan Wak Ketari. Dalam pada masa yang sama, mereka terus menjadi buruan Mustika dan Pak Mor yang berdendam untuk menghapuskan mereka serta mendapatkan kesemua saka peninggalan arwah datuk mereka, Pak Sudir.

Filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2 kini ditayangkan di pawagam bermula 7 Oktober 2010.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan