Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami! Menghiburkan!

Diterbitkan: Selasa, 25 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JIKA ada yang mencari filem romantik komedi ringan dan santai sekadar untuk menghabiskan masa lapang anda, bolehlah menonton filem Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami! yang sedang ditayangkan di pawagam mulai 20 Mei lalu.

Bukan sahaja menghiburkan, malah terdapat beberapa mesej menarik yang dapat diperoleh setelah menontonnya sehingga ke penghujung cerita.

Misalnya, tanggapan sesetengah pihak tentang anak dara tua atau lebih popular sebagai andartu juga mungkin akan berubah dan tidak mustahil lebih menghormati golongan tersebut.

Jangan menganggap wanita sekarang lambat kahwin sebab tak laku sahaja. Tetapi cerita ini memaparkan tentang sukarnya Nikki atau nama sebenarnya Nik Melati Sukma untuk memilih pasangan hidup.

Bukan hanya dua pilihan, sebaliknya tujuh lelaki sekaligus yang hadir dalam hidupnya silih berganti.

Perkenalan Nikki lakonan Haliza Misbun dengan lelaki-lelaki itu membuahkan gelagat dan aksi melucukan yang harus ditonton.

Namun, terdapat beberapa perkara yang tidak sedap mata memandang kerana filem Melayu sepatutnya lebih kaya dengan nilai moral yang melambangkan budaya kita.

Bukan sahaja menampilkan watak Nikki yang berperangai kasar seperti lelaki dan tidak menghormati ibu bapanya, malah dia juga membelasah mana-mana lelaki yang tidak disukainya tanpa mengira tempat.

Sifat maskulin begitu ketara dalam diri Nikki dan tidak mustahil lelaki-lelaki di luar sana akan rasa tercabar seandainya semua wanita bertukar menjadi agresif seperti ini.

Kadangkala permainan jiwa yang diterjemahkan dalam cerita ini agak berubah-ubah. Mungkin ada yang menyangkakan Nikki akan bertindak agresif selama-lamanya.

Sebenarnya, tidak. Sebelum bertemu dengan lelaki pilihan, terlebih dahulu perasaan cinta Nikki terhadap lelaki mula lentur dan membunga setelah bertemu dengan pakar psikiatri bernama Dr. Ryan Diprojo lakonan pelakon Indonesia Ari Wibowo.

Rasanya, pasti wanita-wanita yang sedang kesepian dan menanti arjunanya akan bersetuju dengan beberapa perkara yang ditonjolkan dalam filem ini. Orang kata, nak memilih suami bukan boleh dinilai pada rupa paras yang kacak sahaja.

Serba-serbi perlu diambil kira. Begitu juga Nikki yang bukan sahaja terpaksa menolak lelaki berumur pangkat bapanya untuk dijadikan calon suami kerana tidak mendapat restu keluarga malah terpaksa menolak beberapa lelaki muda dan seusianya yang lain atas faktor tiada kesefahaman dan lain-lain.

Dari segi lakonan, penulis rasa semua pelakon memainkan peranan masing-masing dengan baik.

Antara pelakon yang turut menjayakan filem edaran MIG Productions itu seperti Awie, Azhar Sulaiman, Fizo Omar, Azizi ‘Chunk’ Adnan, Datuk Rahim Razali, Datuk Jalaluddin Hassan, Maimon Muttalib, Abby Abadi dan Erra Fazira.

Penonton boleh menyaksikan filem ini di pawagam mulai 20 Mei ini!

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan