Sentuhan Komik Manga ‘Hooperz’

Diterbitkan: Sabtu, 1 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hooperz ditayangkan di pawagam mulai Khamis lalu.
Hooperz ditayangkan di pawagam mulai Khamis lalu.

SETIAP karakter dalam filem Hooperz disusun cantik dengan jalan cerita berbentuk naratif. Sentuhan penceritaan ala-ala komik Manga juga menarik minat penonton untuk terus setia menonton filem itu sehingga penghabisan.

Jalan cerita dicantum bagaikan puzzle. Walaupun penyampaian ceritanya ringkas dan bersahaja, namun ada beberapa babak yang boleh dibawa pulang bersama penonton.

Mungkin ada antara babak dalam filem ini mengingatkan mereka kepada zaman persekolahan dan kenangan bersama rakan-rakan sewaktu muda remaja.

Hooperz, bukan sahaja sarat dengan kasih sayang dan kekeluargaan malah turut menampilkan sukan bola jaring yang menjadi kesukaan muda-mudi.

Dengan menggunakan 100 peratus kamera HD Red Cam, mutu filem ini telah mencetuskan satu revolusi baru dalam industri perfileman tempatan. Ternyata imej yang dipaparkan agak menarik dan berbeza daripada filem-filem tempatan lain.

Selain itu, filem yang 100 peratus menjalani kerja pascaproduksi di Malaysia itu berani mempertaruhkan muka-muka baru dalam industri perfileman seperti Melissa Maureen, Intan Nor Saina, Akma AF dan Dawn Jeremiah.

Namun seperti yang diperkatakan oleh pengarahnya, Rosihan Zain, mereka mengambil kira bakat yang ada dalam diri setiap pelakon-pelakon itu.

Mungkin ada yang tidak tahu, pelakon dan penyanyi Elyana sepatutnya mengungguli watak utama Atylia yang diganti oleh Intan Nor Saina.

Disebabkan komitmen lain, watak itu terpaksa dilepaskan kepada Intan. Bagaimanapun, tidaklah seteruk mana lakonan Intan.

Dengan melakonkan watak gadis bertangan pecok, Intan tidak nampak kaku walaupun dia masih merangkak dalam bidang lakonan.

Begitu juga dengan pelakon-pelakon lain. Semuanya memainkan peranan masing-masing dengan karakter yang berwarna-warni.

Tiada watak yang menonjol dalam filem itu. Tujuh orang mereka termasuk pelakon senior seperti Anita Baharom, Zazleen Zain dan Remy Ishak melakonkan watak yang tidak melebihi tahap pelakon baru.

Watak-watak sampingan lain seperti Khir Rahman yang melakonkan banyak karakter bomoh juga mampu mencuit hati penonton.

Garapan perasaan lucu, gembira, sedih dan marah bercampur baur membuatkan penonton sukar meletakkan perasaan bosan dalam cerita itu.

Bagamanapun, terdapat beberapa waktu yang akan menganggu fokus penonton. Mungkin ada yang perasan kadangkala filem itu tidak mampu mewujudkan keadaan realiti.

Misalnya, sesetengah babak yang menggunakan teknik green screen benar-benar kelihatan seperti pelakon berada dalam studio dan gagal menyampaikan maksud sebenar yang ingin dipaparkan.

Biar apa pun, pujian juga harus diberikan kepada lagu runut bunyi seperti A.P.I Pelita nyanyian Noh Hujan, Azlan & The Typewriter dan Monoloque Butterfingers dalam filem itu yang membantu menaikkan mood ceria, bersemangat dan bermacam perasaan.

Saksikan filem Hooperz di 40 pawagam seluruh Malaysia termasuk Brunei mulai 22 April ini.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan