Kisah Cinta Klise Semerah Cinta Stilleto

Diterbitkan: Jumaat, 30 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS 10 tahun meninggalkan genre romantik komedi melalui Mrs Cinderella, Ahmad Idham kembali mengarahkan filem terbarunya bergenre sama, berjudul Semerah Cinta Stilleto (SCS).

Filem yang agak ringan ini lebih mempertaruhkan pelakon Farid Kamil (Leto) dan Lisa Surihani (Stila) bergandingan sebagai pasangan kekasih yang mana dikatakan pasangan paling serasi pada ketika ini dan digemari golongan remaja.

Plot SCS agak klise, ia seperti dalam kelompok cerita cinta terhalang antara dua darjat. Namun Ahmad Idham lari dari kenyataan 'cinta itu buta' apabila pasangan kekasih Leto dan Stila terpaksa mengorbankan rasa cinta masing-masing.

Bezanya filem ini dengan filem cinta yang lain, tiada kata cinta, 'aku cinta padamu', atau pelukan mesra pasangan kekasih. Segalanya diluahkan dalam keadaan lebih santun dan terkawal.

Bagaimanapun, lakonan Farid Kamil dan Lisa masih sama dengan filem I'm Not Single lalu. Karakter mereka masih lagi tidak dapat dibezakan. Lisa juga seperti masih kaku memainkan watak romantik.

Dari segi jalan cerita pula SCS sangat santai dan sudah boleh dibaca. Menurut pengarahnya, filem ini berdasarkan kajian dan tayangan yang dibuat di pusat pengajian tinggi, khalayak di sana menyukai filem tersebut. Hanya kesudahan cerita ini bagaikan sedikit tidak kemas kerana tiada menyatakan jangka masa Stila kembali bertemu semula Leto.

Selain tiada kisah penutup tentang ibu bapa Stila yang menjadi penghalang kepada cinta mereka. Penonton mungkin akan tertanya-tanya apa yang terjadi kepada ibu bapa mereka selepas Stila kembali kepada Leto.

Dalam pada itu, unsur lawak di pasar yang ingin ditonjolkan oleh Ahmad Idham bagaikan tidak menjadi apabila pasar kelihatan lenggang dan keriuhan hanya daripada pelakon bukan suasana pasar tersebut.

Lebih menyedihkan apabila lawak-lawak mereka hanya membingitkan telinga dan tidak langsung menimbulkan rasa geli hati.

Penampilan Cat Farish sebagai pak lawak bagaikan sinonim dengan cerita-cerita terbitan MIG. Kali ini dia berperanan sebagai rakan karib kepada Leto seperti watak-watak yang biasa dibawakan oleh Cat dan tidak ada yang lebih menarik.

Malah lebih menjengkelkan apabila lawak tersebut tidak realistik dengan kehidupan harian. Bagi mereka yang ingin lari daripada lambakan filem aksi, mungkin SCS pilihan yang tepat kerana ia tidak terlalu berat dan sesuai ditonton seisi keluarga.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan