X Close

Kasut 'Tumit Pistol' Pilihan Amanda Imani

Diterbitkan: Rabu, 26 November 2014 12:25 AM

Amanda Imani

(Ubah saiz teks)

SAAT penulis melihat aksi penyanyi Amanda Imani ketika gambarnya dirakamkan oleh jurufoto Art Chen pada majlis pelancaran album barunya, Black Heart di The Curve pada 14 November lalu, aksinya ligat dan kemunculannya penuh yakin.

Dan yang penting penulis berasa kagum dengan Amanda yang dapat mengimbangi diri meskipun memakai kasut tinggi lapan inci! Hebat! Bukan semua artis yang boleh muncul dengan kasut setinggi itu tau!

Kasut itu juga membuatkan sesiapa yang melihatnya akan menoleh dua kali kerana tapak kasut itu berbentuk pistol! Haa..jangan main-main.


"Saya beli kasut ini di Los Angeles setahun yang lalu. Cantik kan? Saya sukakan kasut-kasut tinggi yang mempunyai rekaan unik pada bahagian tumit. Ia antara koleksi kasut kegemaran saya.

"Setakat ini saya sudah memiliki beberapa koleksi kasut tinggi yang mempunyai reka bentuk tumit yang unik," katanya.

Tambah penyanyi yang popular dengan lagu Selamilah Cinta itu, dia juga seorang yang sukakan rekaan kasut mahupun fesyen-fesyen pakaian yang pelik dan tidak pernah dipakai oleh sesiapa pun.

"Dari dulu lagi orang kenal saya sebagai wanita yang pelik. Tidak kiralah daripada segi karakter mahupun citarasa dalam berfesyen. Kerana kalau boleh saya mahu jadi lain daripada yang lain termasuklah muzik yang dibawakan," ujarnya.

Dalam pada itu, beritahu Amanda, jaket rona hijau jenama Moschino yang digayakan itu juga merupakan koleksi kegemaran yang dibeli di Perancis.


Kasut yang menjadi kegemaran Amanda.


Katanya, gabungan warna hitam, putih dan emas pada jaket tersebut membuatkan ianya tampak mewah dan eksklusif.

Ohh... patutlah Amanda stylo! Semua ini kerana citarasa yang semestinya tidak sama dengan selebriti lain. Anggun dan penuh eksklusif! I Like!!
Tags / Kata Kunci: Amanda Imani

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan