suria

Hunny Madu Ibu Muda Penuh Gaya

Hunny Madu.

SIAPA kata emak orang tak boleh bergaya sakan? Ha! Tengok sahaja penampilan penyanyi rap dan pengacara Hunny Madu, 30, ketika menghadiri sidang media pelancaran single terbaharunya berjudul Go Hard or Gostan Selasa lalu.

Ha! ini bukan sembarangan ibu! Lihat sahaja blaus hitam dengan leretan pada sebelah lengan yang digayakan cukup elegan sesuai dengan empunya badan yang tinggi lampai.

Baju rekaan Andy Bandy itu turut dipadankan dengan seluar rona putih menambahkan elemen sofisikated Hunny pada petang itu.

Hunny memadankan rantai bersaiz besar pada gayanya petang itu.

Jelas Hunny, biarpun memilih muzik rap dan hip hop dia tidak mahu keluar daripada imej yang biasa dibawa oleh penyanyi rap wanita dan mahu kelihatan anggun ketika berada di pentas atau pun bertemu peminat.

"Selalunya penyanyi rap wanita mesti dikaitkan dengan fesyen 'street' selain pakaian lebih kepada 'boyish' seperti jaket, seluar besar dan topi.

"Saya tidak mahu mengikut imej tersebut dan tidak salah memakai sesuatu yang elegan walaupun menyanyi lagu rap," katanya.

Ringkas tetapi elegan.

Tambah Hunny, bagi menaikkan lagi aura penampilannya pada petang itu, gaya rambut dan aksesori menyerlahkan lagi blaus hitam tanpa corak itu.

"Saya sangat sukakan rekaan daripada Andy Bandy kerana ia ringkas dan pada masa sama potongan sesuatu rekaan itu berbeza sesuai dengan citarasa saya," ujarnya.

Well Hunny! Go Hard or Gostan, penampilan anda memang ada kelas!

Hunny Madu mempunyai seorang anak perempuan diberi nama Eva Medina yang kini berusia hampir dua tahun.
Hunny Madu, Andy Bandy.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain