suria

Songkok Pemberian Amy (Seach) Digayakan Hazama

Hazama
BERTEMU di Majlis Tayangan Perdana Program Raya dan Berbuka Puasa Bersama Astro pada 10 Julai lalu, Hazama tampil dengan gaya ringkas tetapi dengan stail tersendiri.

Jika orang lain memakai satu set baju Melayu, Hazama pula mengambil pendekatan untuk suai padan seluar slek dengan baju Melayu. Dia juga lebih senang menjadikan kain pelikat sebagai samping.

"Haaaaa... kalau nak tahu saya pinjam sekejap kain pelikat ayah saya untuk ke majlis ini," seloroh penyanyi lagu Penglipur Lara saat ditanya mengenai fesyennya pada majlis itu.

Kata Hazama, dia lebih gemar menyuai padan baju Melayu dengan seluar kasual agar imejnya dilihat berbeza berbanding tetamu yang lain. Betul Hazama, kamu memang lain daripada yang lain!

Hazama gemar menyuai padan baju Melayu yang digayakan untuk nampak berbeza.

Tetapi yang menariknya songkok yang dipakai penyanyi itu adalah milik Amy (Search)! "Selalunya songkok ini antara yang sering dipakai Amy apabila menghadiri majlis-majlis hiburan dan dia sangat menyayanginya.

"Kemudian apabila berjumpa dengannya menggayakan songkok itu, rasa geram pula sebab ia mempunyai potongan yang unik dan saya terus bertanya: 'Abang Amy, saya nak songkok itu boleh tak?' Dan dia terus beri tanpa banyak soal.
"Terkejut saya! Ini adalah salah satu hadiah yang sangat bermakna buat saya! Songkok ini bukan calang-calang orang punya!" ujarnya.

Baiknya hati Amy, sanggup memberi barangan kesayangan kepada orang lain. Itu satu contoh yang bagus!
Hazama

Artikel Sebelum

Kain Songket Pilihan Thanuja

Artikel Berikut

Artikel Lain