suria

Fesyen Uniform ForUToC Ditaja Mawi

Kumpulan baharu ForUToC.

KALAU sekitar era 1990-an kumupal 4U2C tampil dengan imej memakai cekera padat (CD)  sebagai rantai ketika membuat persembahan, kali ini untuk kumpulan yang baharu ditubuhkan semula iaitu ForUToC, mereka mengayakan busana Baju Melayu unik tajaan jenama Unequein.

Jenama fesyen Unequein milik penyanyi popular Mawi dan isterinya, Ekin.

Kata penyanyi utama kumpulan itu, Datuk AC Mizal semua pakaian kumpulan itu akan ditaja oleh Mawi, malah untuk Hari Raya, Uniequen turut keluar dengan baju tersendiri mereka dengan label ForUToC By Unequein.

"Baju kami ditaja oleh Mawi dan isterinya Ekin daripada butik Unequein. Saya suka rekaan baju-baju kami yang nampak lebih terkini dan sesuai dengan karekter masing-masing.

"Kami akan menggunakan baju daripada koleksi Unequein pada setiap persembahan yang akan dilakukan," katanya.

Fesyen yang boleh dikatakan sebagai uniform kumpulan ForUToC ini bukan sahaja unik dan menarik malah menjadikan anggota kumpulan ini lebih bergaya.

Berbeza baju Melayu biasa, ia lebih ranggi dan nampak muda apabila si pereka memasukan eleman baju hujan seperti hooded pada baju tersebut.

Warna terang yang digayakan juga memberi kesan segar dan semangat kepada kumpulan yang baru muncul dengan single lagu Hari Raya mereka iaitu Bergema Tadbir Di Pagi Raya.

"Terima kasih kepada Mawi kerana memberi tajaan kepada kami, ini merupakan uniform ForUToC dan akan kami gayakan setiap kali membuat persembahan pentas terutama pada musim perayaan ini.

"Saya selesa dan suka dengan baju dan pemilihan warna yang terang membuat kami lebih bersemangat," ujarnya.

ForUToC, 4U2C

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain