suria

Stail Ringkas Hunny Madu Hasil Suai Padan

Hanny Madu bergaya sederhana.
TIDAK pernah kalah dalam mengayakan sebarang fesyen, penyanyi dan pengacara Hunny Madu tampil di Majlis Tayangan Perdana Program Raya dan Berbuka Puasa Bersama Astro pada 10 Julai lalu dengan busana ringkas yang disuai padan menjadikan ia nampak sempurna.

Tidak mahu berlebih-lebihan dalam menghadiri acara berbuka puasa itu, Hunny mengayakan blouse berwarna putih paras pinggang daripada koleksi peribadi dipadankan bersama kain batik lipat papan yang dibeli di Bandung, Indonesia.

Padanan itu dilihat sangat sesuai dan menjadikan imej Hanny yang berbeza dari biasa.

"Sebenarnya saya tidak tahu nak pakai apa tadi, saya fikir ingin bergaya ringkas sahaja, apa yang saya pakai ini pun hanya baju dan kain yang disuai padan.

"Baju ini selalu saya gayakan dengan seluar apabila keluar bersantai, tetapi disebabkan majlis merupakan majlis berbuka puasa saya cuba gayakan dengan kain," ujarnya.

Padanan blouse dan kain batik yang dibeli di Bandung, Indonesia

Hunny juga beritahu dia tidak mahu bergaya terlalu berlebihan berikutan emosi dan perasaannya masih bersedih dengan peperangan yang berlaku di Gaza.

Disebabkan hal itu juga, Hunny berkata dia enggan memakai solekan terlalu tebal sebagai tanda protes.

"Selalunya memang saya tidak pernah gagal untuk solek dengan sempurna, cuma hari ini sahaja saya tidak begitu ada mood.

"Saya sedih dan geram bila menonton televisyen tentang apa yang berlaku di Gaza sekarang, oleh itu saya nasihatkan diri sendiri supaya jangan berlebih-lebihan dalam meraikan sesuatu perkara kerana ada insan yang sedang dalam kesusahan," ujarnya.

Sementara itu, aksesori yang digayakan juga daripada koleksi peribadi, manakala anting-anting yang dipakai merupakan pemberian abang kandungnya.
Hanny Madu, Astro

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain