X Close

Gaya Fara Fauzana Dipilih Perunding Imej

Diterbitkan: Isnin, 23 Jun 2014 12:01 AM

Fara memberitahu menggunakan khidmat perunding imej bagi membantunya memilih pakaian sesuai untuknya ketika menghadiri acara hiburan.

(Ubah saiz teks)

SEJUK mata memandang apabila melihat kelibat penyampai radio dan pengacara popular, Fara Fauzana dengan penampilan terbaharunya yang berhijab ketika menghadiri pertunjukan fesyen oleh Rizalman di Whitebox Publika Kuala Lumpur awal bulan ini.

Biarpun mengakui masih belum bertudung sepenuhnya dan sedang berubah secara berperingkat namun harus diakui pesona Fara yang berhijab kelihatan cantik dan menyenangkan.

Rantai dari saiz besar yang dipadankan menyerlahkan gaya Fara.

Tampil dengan jaket bewarna putih dan dipadankan dengan skirt labuh dari rona hitam, stail Fara pada petang itu ringkas namun elegen ditambah dengan pemilihan tudung dari warna krim melengkapkan gayanya pada petang itu.

Penampilannya pada petang itu turut dilengkapi dengan seutas rantai bersaiz besar selain clutch dari rona biru memberi tambah nilai pada gayanya itu.

Ringkas tetapi elegan.
Jelas Fara, sejajar dengan perubahan tersebut gayanya pada petang itu mendapat bantuan daripada perunding imej yang juga sahabat baiknya, Syed Faisal bagi memastikan dia memilih busana sesuai supaya tidak kelihatan keterlaluan bersesuaian dengan imejnya yang bertudung. 

"Kehadiran Syed sangat membantu dalam saya menentukan imej sesuai mengikut citarasa saya yang gemarkan sesuatu yang ringkas dan paling penting saya seorang yang suka memakai jaket.

"Syed bijak dalam memadankan dan memilih pakaian sesuai untuk saya dan paling penting ia selesa dan sesuai dengan wanita bertudung," katanya.

Tags / Kata Kunci: Fara Fauzana , Stail.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan