X Close

Scha Al-Yahya, Imej Santai Ibu Mengandung

Diterbitkan: Jumaat, 6 Jun 2014 12:01 AM

Scha sudah bersedia untuk menjadi seorang ibu.

(Ubah saiz teks)

SEDANG sarat hamil anak pertama namun seri ibu mengandung pelakon Scha Al Yahya cukup menyerlah biarpun tampil ringkas pada pertunjukkan fesyen oleh Rizalman di White Box, Publika pada 3 Jun lalu.

Mengenakan blaus hitam dan dipadankan dengan jaket dari warna ceria, penampilan isteri Awal Ashaari itu kelihatan cukup santai dan bersahaja.

Scha berkata, fesyennya pada petang tersebut tidak terlalu berlebihan bagi wanita mengandung sepertinya kerana pada usia kandungan lapan bulan itu dia agak sukar bergerak dan memerlukan pakaian longgar dan selesa.

Wanita mengandung juga boleh bergaya.


"Pakaian yang saya pakai semuanya main ambil jer dari almari dan paling penting selesa dengan keadaan saya yang sedang sarat mengandung.

"Semua pakaian yang saya pakai adalah koleksi lama dan disesuaikan dengan 'maternity pants' memandangkan ia sangat selesa dan memudahkan pergerakan saya," katanya.

Bagaimanapun kata Scha, itu tidak bererti dia tidak boleh bergaya dan masih mementingkan penampilannya namun bersesuaian dengan keadaannya.

"Siapa kata wanita mengandung tidak boleh berfesyen cuma biarlah kena dengan keadaan kerana paling penting seseorang itu selesa dan nampak cantik," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Scha Al-Yahya

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan