X Close

Kisah Gelang Emas Dynas Mokhtar

Diterbitkan: Isnin, 21 April 2014 12:41 AM

Dynas turut mengayakan jaket rekaannya sendiri.

(Ubah saiz teks)

TERKINI

TAMPIL dengan gaya ringkas di Majlis pelancaran wajah baharu mStar Online, pelakon Dynas Mokhtar cukup anggun dengan busana koleksi peribadinya iaitu gaun labuh bermotifkan flora.  


Kata Dynas gaun itu sudah lama berada dalam almarinya dan hanya baru beberapa kali sahaja dipakai.  

“Baju ini dah lama saya beli tapi saya hanya pakai untuk majlis tertentu seperti majlis ini kerana sesuai dengan tema Summer Chic ada corak bunga-bunga.  

“Sementara jaket ini saya hasil rekaan saya sendiri. Saya memilih jaket untuk digayakan bersama gaun ini supaya ia tidak terlalu seksi,” katanya.  

Dynas memang seorang yang kreatif mengenai rekaan baju ini, dia juga ada butik pakaian khas untuk ibu mengandung iaitu Dynas Nursing Attire.  

Dynas tampil bergaya anggun dengan gaun labuh dengan corak flora.

Padanan aksesori pula, Dynas hanya mengayakan jam dan gelang emas sahaja.

Ibu dua cahaya mata ini tidak mahu penampilannya terlalu sarat dengan aksesori.  

Dia juga menceritakan gelang emas yang dipakainya itu dibelinya ketika mengandungkan anak kedua iaitu  Mohamed Haqaish yang kini berusia dua tahun.  

“Saya ada tabiat apabila mengandung suka beli emas, gelang ini saya beli masa mengandung anak kedua dan saya tidak pernah menanggalkannya.  

“Saya mungkin tukar gelang ini jika saya mengandung lagi, sebab saya seorang yang tidak berapa suka memakai barang-barang hiasan, kalau pakai biar dalam masa yang lama,” tuturnya.  


Penulis melihat penampilan artis ini sesuai dengan usia dan statusnya sebagai ibu yang lebih mahukan penampilan ringkas tetapi anggun.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan