X Close

"Tak Main La Nak Tiru Imej Orang" - Arja Lee

Diterbitkan: Ahad, 9 Mac 2014 12:00 AM

Arja Lee.

(Ubah saiz teks)

“Tak main la nak tiru-tiru orang...”! Itulah reaksi spontan pelakon Arja Lee yang tampil mengenakan imej tuksedo semasa pelancaran single pertamanya berjudul Cerita Pada Semua di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bukannya apa... Arja dikatakan cuba meniru gaya penyanyi Anuar Zain yang kerap kali muncul bersama imej sedemikian dalam majlis-majlis tertentu.

Oleh itu, timbullah suara-suara ‘sumbang’ yang antara lain cuba menyindir Arja kononnya dia cuba mencedok imej artis popular lain untuk dipadankan dengan dirinya ketika membuat keputusan untuk bergelar penyanyi.

"Tidak akan ada Anuar Zain kedua dan saya bukan meniru imejnya," katanya kepada mStar Online

Arja berkata, dia memilih pakaian dari rona hitam rekaan Azura Couture itu kerana ingin memperkenalkan imejnya sebagai penyanyi kepada peminat.

Arja Lee
Arja mahu mengekalkan imej tuksedo bagi memperkenalkannya sebagai penyanyi.

"Tuksedo adalah pakaian bersifat universal dan tidak semestinya hanya dihadkan kepada individu tertentu sahaja.

"Saya selesa dengan imej terbaharu ini dan akan mengekalkannya pada masa hadapan," ujarnya.

Pelakon filem ...Dalam Botol ini kelihatan segak dan kacak apabila menggayakan imej berkenaan dan sesuai dengan usianya yang kini mencecah 30 tahun.

"Oh! Biasanya saya lebih selesa dengan pakaian kasual seperti t-shirt dan seluar jean sahaja. Tetapi sebagai seorang selebriti saya perlu sentiasa kelihatan kemas supaya tampak profesional," katanya.

Dalam pada itu ada juga orang berkata, walaupun imej berkenaan sesuai dan menyerlahkan lagi kekacakan Arja, tetapi sesuai ke untuk majlis yang dijayakannya itu?

Bukannya apa, sidang media itu diadakan pada waktu petang, ketika negara kita dilanda suhu panas luar biasa dan kebakaran hutan berlaku di sana-sini.Tuksedo biasanya sinonim dengan majlis-majlis makan malam. 

Tapi bagi kami, soal cuaca bukanlah ukuran jika majlis berkenaan diadakan di kawasan atau dalam dewan berhawa dingin. 

Seandainya Arja muncul dengan imej tersebut di bawah khemah kenduri kahwin... haha... alamatnya dia menempah cercaanlah. Apa-apa pun itu stail Arja, okeylah!

 

 

Tags / Kata Kunci: Stail , Arja Lee , Tuksedo , Fesyen.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan