Yeonwoo (MOMOLAND) direhatkan daripada aktiviti seni - K Pop | mStar

Yeonwoo (MOMOLAND) direhatkan daripada aktiviti seni

Diterbitkan: Jumaat, 9 November 2018 5:00 AM

Yeonwoo mengalami demam panas dan sakit tekak.

(Ubah saiz teks)

ANGGOTA kumpulan MOMOLAND, Yeonwoo memerlukan rehat daripada melakukan aktiviti seni buat sementara waktu.

Menurut laporan Soompi, Yeonwoo direhatkan akibat mengalami deman panas dan dimasukkan ke hospital pada Rabu lalu.

Agensi pengurusan MOMOLAND, MLD Entertainment memberitahu Yeonwoo secara tiba-tiba jatuh sakit dan kini masih dalam rawatan.

"Yeonwoo tiba-tiba jatuh sakit dengan demam panas dan dibawa terus ke hospital. Dia kini sedang menerima rawatan.

"Dia juga mengalami sakit tekak dan keadaannya lemah, jadi dia akan mengambil masa untuk berehat buat masa sekarang," kata agensi.

Tags / Kata Kunci: Yeonwoo , MOMOLAND
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan