Konsert BLACKPINK pertama di Malaysia pada Februari 2019 - K Pop | mStar

Konsert BLACKPINK pertama di Malaysia pada Februari 2019

Diterbitkan: Isnin, 5 November 2018 5:00 AM

BLACKPINK bakal mengadakan konsert pertama di Malaysia pada Februari 2019.

(Ubah saiz teks)

BERITA gembira buat peminat kumpulan K-Pop terkenal iaitu BLACKPINK apabila konsert jelajah 2019 World Tour [In Your Area]' di Malaysia akan diadakan pada Februari tahun hadapan.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Syarikat Pengurusan mereka, YG Entertainment  menerusi laman sosial Facebook rasmi BLACKPINK pada Sabtu.

Sudah pasti, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan tidak sabar menantikan konsert pertama BLACKPINK pada 23 Februari 2019.

Selain Malaysia, BLACKPINK juga bakal menjelajah Bangkok, Jakarta, Hong Kong, Manila, Singapura dan Taipei.

Manakala beberapa negara lain bakal diumumkan kelak.BLACKPINK yang dianggotai oleh Lisa, Jennie, Rose dan Jisso mula terkenal di Malaysia dengan lagu hit berjudul Ddu-Du Ddu-Du.

Tags / Kata Kunci: BLACKPINK
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan