Sun Ah bakal berhadapan masalah dengan agensi pengurusan - K Pop | mStar

Sun Ah bakal berhadapan masalah dengan agensi pengurusan

Diterbitkan: Ahad, 4 November 2018 5:00 AM

Sun Ah kini sedang hamil dan bakal berkahwin dengan Jung Jae Yong tidak lama lagi.

(Ubah saiz teks)

ANGGOTA kumpulan ICIA, Sun Ah bakal berhadapan masalah dengan agensi pengurusannya yang tidak mengetahui mengenai keputusannya menamatkan kontrak dan berkahwin.

Menurut laporan Allkpop, agensi tersebut memberitahu Sports Chosun, kontrak antara pihak mereka dan Sun Ah masih lagi berjalan seperti biasa dan terdapat isu kewangan.

Kata agensi itu, mereka merancang untuk mengambil tindakan seterusnya selepas berbincang dengan peguam.

"Kami tidak tahu menahu mengenai keputusan Sun Ah untuk berkahwin. Kontrak antara kami masih lagi berjalan dan ada isu kewangan.

"Jadi, kami rancang untuk mengambil tindakan selanjutnya selepas berbincang dengan peguam," katanya.

Menerusi agensi yang menguruskan ICIA itu, kontrak Sun Ah masih lagi berbakikan selama tiga tahun.

Sebelum ini, Sun Ah dan kekasihnya Jung Jae Yong (DJ DOC) mengumumkan bakal berkahwin dan dia kini sedang hampil sembilan minggu.

Tags / Kata Kunci: Sun Ah , Jung Jae Yong
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan