T.O.P. (Big Bang) kembali aktif di Instagram selepas setahun - K Pop | mStar

T.O.P. (Big Bang) kembali aktif di Instagram selepas setahun

Diterbitkan: Sabtu, 3 November 2018 5:30 AM

Nama T.O.P. menjadi perhatian tahun lalu apabila dia mengaku bersalah menggunakan dadah jenis marijuana.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI T.O.P. kembali aktif menggunakan Instagram selepas setahun tidak memuat naik sebarang kemas kini di laman sosialnya itu.

Koreaboo melaporkan anggota kumpulan Big Bang itu memuat naik gambar lukisan selain gambar bersama pelukisnya, Mark Grotjahn dari Amerika Syarikat.

T.O.P. dan Mark adalah rakan baik dan sebelum ini penyanyi itu sering memuat naik gambar bersama pelukis itu dan hasil kerjanya di Instagram.

Tidak terhenti di situ, T.O.P. memuat naik pula foto peti aisnya yang dipenuhi dengan kotak ais krim namun dia memadam gambar itu tidak lama kemudian.

Kali terakhir T.O.P. memuat naik gambar di Instagramnya sekitar April tahun lalu apabila dia berkongsi artikel daripada Billboard mengenai Big Bang.

Dia kemudiannya menyertai latihan tentera sebelum namanya menjadi perhatian apabila terlibat dalam skandal penyalahgunaan dadah jenis marijuana.

Kes itu yang dibawa ke mahkamah memperlihatkan T.O.P. mengaku bersalah atas semua pertuduhan ke atasnya dan dia diletakkan dibawah pemerhatian selama dua tahun dan akan dikenakan penjara 10 bulan sekiranya gagal mematuhi syarat pemerhatian itu.

Tags / Kata Kunci: T.O.P. , Big Bang
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan