Chan Hae Ah selamat melahirkan bayi perempuan - K Pop | mStar

Chan Hae Ah selamat melahirkan bayi perempuan

Diterbitkan: Jumaat, 2 November 2018 5:00 AM

Han Chae Ah dan bayinya kini dalam keadaan baik.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Han Chae Ah telah selamat melahirkan bayi perempuan sulungnya pada pagi, Rabu.

Menurut laporan Soompi, berita gembira itu dikongsi oleh agensi pengurusannya, Mystic Entertainment pada Khamis.

"Kami ini berkongsi berita gembira mengenai pelakon Han Chae Ah. Pada pagi 30 Oktober, Han Chae Ah selamat melahirkan bayi perempuan yang sihat.

"Ibu dan anak itu kini dalam keadaan sihat dan mereka dalam penjagaan keluarga," kata wakil agensi.

Tags / Kata Kunci: Han Chae Ah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan