Pembubaran KARA buat Heo Young berasa sedih, takut - K Pop | mStar

Pembubaran KARA buat Heo Young berasa sedih, takut

Diterbitkan: Selasa, 30 Oktober 2018 5:30 AM

Heo Young tidak lalu makan selepas kumpulan KARA dibubarkan pada 2016.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Heo Young mengakui dia berasa takut dan sedih selepas kumpulannya iaitu KARA terpaksa dibubarkan pada 2016.

Menurut laporan Soompi, Heo Young membuat pendedahan tersebut ketika muncul dalam program siri dokumentari The World That Idols Live In - After Stage pada Ahad.

"Daripada ketakutan, saya terus berfikir, 'Apa yang harus saya lakukan?' dan 'Apa yang boleh saya lakukan?'.

"Bila saya bersama ahli kumpulan KARA, saya berasa mereka lindungi saya dan ia seakan saya mampu untuk mencapai sesuatu.

"Tapi tanpa mereka, saya terfikir adakah saya mampu untuk berdiri di atas pentas lagi dan perkara itu membuat saya rasa sangat sedih," katanya.

Tags / Kata Kunci: Heo Young , KARA
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan