Yeeun bebas dari dakwaan menipu wang pelaburan - K Pop | mStar

Yeeun bebas dari dakwaan menipu wang pelaburan

Diterbitkan: Isnin, 8 Oktober 2018 5:00 AM

Yeeun tidak terlibat dalam penipuan wang pelaburan.

(Ubah saiz teks)

BEKAS ahli Wonder Girls, Yeeun akhirnya dibebaskan dari tuduhan melakukan penipuan dengan bapanya, Park Young Gyun pada September lalu.

Menerusi laporan Soompi, Yeeun didapati tidak terlibat dalam kegiatan penipuan tersebut dan tidak menerima apa-apa wang pelaburan.

Menurut Balai Polis Suseo pada Ahad, Yeeun dan Park Young Gyun telah menyelesaikan disiasat untuk tuduhan penipuan.

Bagaimanapun, hanya Park Young Gyun yang kini perlu berhadapan dengan dakwaan tersebut.

Tags / Kata Kunci: Yeeun
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan