Tiffany benci dipanggil si cemerkap! - K Pop | mStar

Tiffany benci dipanggil si cemerkap!

Diterbitkan: Jumaat, 5 Oktober 2018 5:30 AM

(Ubah saiz teks)

SEBAGAI seorang selebriti terkenal, penyanyi Tiffany mendapat pelbagai nama jolokan daripada peminatnya namun ada di antaranya yang paling dibenci.

Koreaboo melaporkan Tiffany benci apabila ada peminat memanggilnya 'Ddil-fany' yang membawa maksud si cemerkap Tiffany yang diberi kepadanya ketika awal kemunculannya sebagai artis.

"Saya dapat nama manja itu kerana sikap saya yang cemerkap ketika di awal kemunculan saya sebagai penyanyi dan sering melakukan kesilapan ketika di pentas.

"Semuanya gara-gara ketika saya sedang khusyuk menyanyi tiba-tiba saya terlupa tarian yang perlu saya lakukan dan nama itu melekat sehingga kini," katanya yang juga bekas anggota kumpulan Girls Generation.

Bagaimanapun kata Tiffany, walaupun dia benci dipanggil 'Ddil-fany' namun menganggap ia sebagai memori manis untuk diingati sepanjang bergelar artis.

Tags / Kata Kunci: Tiffany , Girls Generation
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan