Minhyun (Wanna One) terima tawaran jadi duta kosmetik - K Pop | mStar

Minhyun (Wanna One) terima tawaran jadi duta kosmetik

Diterbitkan: Khamis, 4 Oktober 2018 5:00 AM

Minhyun bakal jadi duta dan model produk kosmetik. Foto: Allkpop

(Ubah saiz teks)

ANGGOTA kumpulan Wanna One iaitu Minhyun dikhabarkan bakal menjadi duta dan model untuk salah satu jenama kosmetik popular.

Menerusi portal hiburan Allkpop, Minhyun bersetuju menerima tawaran tersebut setelah mencapai kesepakatan antara kedua-dua pihak.

Menurut sumber, penyanyi berusia 23 tahun ini dipilih menjadi wajah untuk produk kosmetik I'M MEME di bawah jenama MEMEBOX.

Tawaran tersebut menjadikan Minhyun sebagai anggota ketiga dalam Wanna One yang dipilih menjadi duta solo selepas Kang Daniel dan Park Ji Hoon.

Rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan berbangga dengan pencapaian Minhyun menjadi duta untuk jenama popular itu.

Tags / Kata Kunci: Minhyun , Wanna One
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan