Hanseul (MYTEEN) minta maaf tunjuk jari hantu - K Pop | mStar

Hanseul (MYTEEN) minta maaf tunjuk jari hantu

Diterbitkan: Rabu, 3 Oktober 2018 5:00 AM

Hanseul minta maaf tidak sengaja tunjuk jari tengah.

(Ubah saiz teks)

BARU-baru ini anggota kumpulan MYTEEN iaitu Hanseul dikecam apabila foto dia menunjukkan jari tengah atau jari hantu yang dirakam pada Ogos tahun lalu tular di laman sosial.

Menurut laporan Soompi, agensi pengurusan MYTEEN, The Music Works mengeluarkan kenyataan rasmi menjelaskan Hanseul secara tidak sengaja bertindak sebegitu.

Malah, pihak mereka juga memohon maaf atas segala masalah yang berlaku dan berjanji tidak akan membiarkan perkara sebegitu berlaku lagi.

"Kami mengesahkan foto Hanseul itu diambil secara tidak sengaja pada Ogos tahun lalu. Dia cuba pelbagai pose dengan menggunakan jarinya.

"Kami minta maaf atas segala masalah yang timbul daripada peminat. Kami akan lebih berhati-hati dan tidak akan membiarkan perkara yang sama terjadi lagi selepas ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Hanseul
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan