Keputusan untuk keluarkan Hyuna & E'Dawn belum ditetapkan - K Pop | mStar

Keputusan untuk keluarkan Hyuna & E'Dawn belum ditetapkan

Diterbitkan: Sabtu, 15 September 2018 5:00 AM

Peminat tidak setuju dengan tindakan Cube Entertainment mengeluarkan Hyuna dan E'Dawn daripada agensi pengurusan itu.

(Ubah saiz teks)

KEPUTUSAN untuk mengeluarkan penyanyi Hyuna dan E'Dawn daripada agensi pengurusan Cube Entertainment masih belum ditetapkan.

Menurut laporan Soompi, agensi tersebut berkemungkinan tidak akan lagi menguruskan karier kedua-dua artis itu.

Menerusi kenyataan rasmi agensi itu, Hyuna dan E'Dawn telah menghilang kepercayaan mereka dan keputusan dibuat setelah melakukan pertimbangan dengan teliti.

Bagaimanapun, pihak agensi akan membuat keputusan sepenuhnya selepas berbincang dengan pihak atasan.

Berita mengenai Hyuna dan E'Dawn dikeluarkan daripada agensi itu telah mendapat pelbagai reaksi peminat mereka sejak beberapa hari lalu.

Tags / Kata Kunci: Hyuna , E'Dawn
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan