Keluarga Jonghyun (SHINee) tubuh yayasan bantu remaja depresi - K Pop | mStar

Keluarga Jonghyun (SHINee) tubuh yayasan bantu remaja depresi

Diterbitkan: Khamis, 13 September 2018 5:00 AM

Yayasan Shinin bertujuan membantu golongan remaja yang menghadapi tekanan. Foto: SOOMPI

(Ubah saiz teks)

DEMI mengenang jasa Jonghyun terhadap industri muzik, keluarga mendiang menubuhkan sebuah yayasan bernama Shinin Foundation atau The light foundation.

Penubuhannya bertujuan untuk memberi sokongan kepada remaja dan menyedarkan masyarakat mengenai isu kesihatan mental.

Menurut laporan Soompi, yayasan ini akan membantu ahli muzik muda dan anak seni yang menderita tekanan dan stres.

Mereka juga menyediakan pusat rundingan psikologi bagi mereka yang berdepan dengan tekanan emosi membabitkan industri seni.

Dalam temubual bersama majalah Esquire Korea, ibu Jonghyun yang juga merupakan pengarah yayasan iaitu Lee Eun-kyung berkata ramai anak muda yang menderita depresi.

"Ramai yang mengalami tekanan sehingga ada yang membunuh diri kerana itulah yayasan ini ditubuhkan," katanya.

Jonghyun ditemui mati akibat bunuh diri pada 18 Oktober tahun lalu dan dipercayai berpunca akibat tekanan perasaan.

Tags / Kata Kunci: Jonghyun , SHINee
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan