Son Naeun (Apink) elak jawab soalan pembedahan plastik - K Pop | mStar

Son Naeun (Apink) elak jawab soalan pembedahan plastik

Diterbitkan: Jumaat, 3 Ogos 2018 5:30 AM

Son Naeum enggan menjawab soalan mengenai dakwaan melakukan pembedahan plastik.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Son Naeun mengelak daripada menjawab soalan berhubung dakwaan dia melakukan pembedahan plastik pada wajahnya.

Koreaboo melaporkan anggota kumpulan Apink itu hanya tersenyum tanpa memberi respons kepada soalan itu ketika membuat kemunculan menerusi program Radio Star baru-baru ini.

Pengacara program itu Yoon Jong Shin bagaimanapun memuji kejelitaan wajah Son Naeun dengan menggelarnya sebagai mempunyai kecantikan semula jadi selepas tidak mendapat respon penyanyi itu.

Dalam pada itu, anggota Apink, Kim Gura yang turut tampil dalam program itu bersuara bagi menjawab soalan itu bagi pihak rakannya.

"Jangan tanya soalan seperti itu secara terbuka!," katanya kepada Jong Shin.

Tags / Kata Kunci: Son Naeun , Apink
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan