Leeteuk hidap penyakit batu di hempedu - K Pop | mStar

Leeteuk hidap penyakit batu di hempedu

Diterbitkan: Khamis, 26 Julai 2018 5:00 AM

Leeteuk perlu rehat untuk pulih sepenuhnya.

(Ubah saiz teks)

ANGGOTA kumpulan Super Junior iaitu Leeteuk dikejarkan ke hospital selepas mengalami sakit perut yang teruk pada pukul 5 pagi, Selasa.

Menurut laporan Soompi, agensi pengurusannya Label SJ memberitahu doktor mengesahkan Leeteuk mengidap penyakit batu hempedu.

"Hari ini (Selasa) lebih kurang pukul 5 pagi, Leeteuk dikejarkan ke hospital gara-gara sakit perut yang teruk.

"Doktor mengesahkan dia mengidap penyakit batu hempedu," kata wakil agensi.

Disebabkan itu, Leeteuk tidak akan menyertai konsert SMTOWN di Osaka pada 28 Julai ini.

Malah, dia akan berehat sepanjang minggu ini sehingga keadaannya sembuh sepenuhnya.

Tags / Kata Kunci: Leeteuk
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan